Total Pageviews

Wednesday, April 13, 2011

AKU MENGALAH LAGI

BILA RASA ITU DATANG
IA MENGUNDANG SUATU MIMPI
SEBUAH MIMPI YANG BERNAMA CINTA
SEBUAH MIMPI YANG TIADA PENGHUJUNG
TIADA REALITI TANPA SEDAR


BILA RASA ITU PERGI
IA MEMBAWA SUATU PERASAAN
SUATU PERASAAN YANG TAK BERPERI
SUATU PENYAKIT PERASAAN YANG TAK TERUBAT
DI MANA KEEGOAN YANG MENGUASAI DIRI


DAN APABILA AKU BERDEPAN DENGAN DIRI
AKU NAMPAK HANYA DIRI AKU BERSAMA KEKHILAFANKU
SEMUA YANG DATANG INI ADALAH DARI AKU
BUKAN DATANGNYA DARI PELUSUK BUMI
AKU TERDUDUK MEMBISU 
KUDONGAK MEMBUTAKAN DIRI
MELAYARI PERASAAN 
DENGAN SEBUAH SIFATKU YANG AZALI
AKU MENGALAH LAGI
ITU BUAT AKU RASA BAHAGIA

Tuesday, April 12, 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR


Sehingga ke hari ini aku masih memikirkan perihal rahsia tarikh lahir. Bukannya tak pernah difikirkan sebelum ni tapi kali ini aku benar-benar ingin mendalami apakah maksud tersirat di sebalik rahsia-rahsia tarikh lahir tersebut. Kalau cari kat internet memang bersepah cerita pasal rahsia tarikh lahir nih.

Sekiranya dirujuk pada surat beranak, aku dilahirkan pada tanggal 20 April 1986 yakni jatuh pada hari Isnin pada jam 2.02 pm bersamaan dengan 10 syaaban tahun 1406H. Jikalau menurut sebuah laman web, tarikh aku lahir adalah jatuh pada hari Ahad. Ermm…musykil sekejap dibuatnya tapi tak mengapa sebab pada aku hari Isnin dan Ahad kan tak jauh. Hahahaha…..

Seterusnya setelah beberapa kali aku search tentang topik ni, aku terjumpalah dengan laman web dari seorang pakar motivasi terkenal iaitu tidak lain tidak bukan ialah Dato’ Dr Fadzillah Kamsah. Bukan Dr Fadzillah Come to me yerr…….hahahha….( dari video tu aku mula minat dengan lawak si Johan tuhh )…. Jadi, inilah dari apa yg aku dapati dari laman tersebut yg menyatakan,

APRIL
·         Sangat aktif dan dinamik.
·         Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
·         Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
·         Punya daya mental yang sangat kuat.
·         Suka diberi perhatian.
·         Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
·         Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
·         Sangat berani dan tiada perasaan takut.
·         Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
·         Emosi cepat terusik.
·         Cuba kawal perasaan.
·         Kecenderungan bersifat pendendam.
·         Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
·         Kuat daya ingatan.
·         Gerak hati yang sangat kuat.
·         Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
·         Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
·         Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Kahhkahhkahhh…..aku ketawa seorang diri selama 2 minit apabila membacanya. Ermm, nampaknya hampir semua tentang di atas kena kat batang hidung aku nihh… Sesiapa yang mengenali diri aku pasti mengiyakannya. Aku pandai memujuk? Benarkah? Hahahaha…..mungkin ya, tapi secara jujurnya aku sangat pandai memujuk kanak-kanak. Untuk memujuk perempuan, urghhhh….agak sukar untuk aku menyatakannya. Senang cerita aku xpandai !hahaha….. Sangat agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan itu sangat benar. Ya aku sangat ligat dalam menghasilkan idea dan sangat suka berceloteh. Tetapi dalam hal membuat keputusan, aku FAIL !!!....hihi, aku selalu diselubungi dengan ketidakpastian. Oleh itu aku selalu pilih jalan yang lebih selamat. Tapi kadang-kadang kantoi jugakk…hehe

Soal cinta pula, aku dikatakan sangat mudah cemburu. Ermm, ye aku sangat kuat cemburu sebab bagi aku aku harus cemburu kerana aku mempunyai rasa cinta yang kuat dan tak segan mengakuinya. Hehe, siapa la yang malang jadi isteri aku nanti yekk… :P… Aku sangat suka diberikan perhatian. Ya sejak dari kecil aku suka membuat perkara-perkara yang boleh menarik perhatian orang lain terutama budak-budak perempuan. Selalunya jadi begini bila aku balik kampung yakni di rumah nenek aku. Aku akan buat sesuatu perkara yang boleh mengagumkan sepupu-sepupu perempuan aku. Hahahaha, memang kelaka laa bila mengenangkan peristiwa-peristiwa tersebut. Biasanya aku akan tunjukkan bahawa aku boleh dalam segala hal seperti panjat pokok tinggi-tinggi, memancing, kejar ayam sampai dapat. Kononnya the best ‘boy’ can win the girl’s heart la. Hahaha, memang sangat kelakar, yelah umur baru 7 – 10 tahun kot. Hahaha.

Aku suka motivasikan orang lain?Aku dulu kat sekolah menengah adalah pembimbing rakan sebaya. Urmmm, adakah itu suatu kebetulan atau memang aku berbakat memotivasikan orang lain. Tapi yang pastinya aku bukan seorang pakar motivasi. Heh!

Emosi cepat terusik dan seorang pendendam?.... Urmm, aku memang cepat terusik hati. Aku mudah menangis bila bersendirian mengenangkan nasib hidup ini. Apa yang aku fahami, aku seorang yang empati iaitu seorang yang boleh merasa apa yg orang lain boleh rasakan. Ianya berbeza dengan perasaan simpati. Ermm, apa bezanya antara empati dan simpati ni yer?.....aku memahami tapi aku xboleh nak elaborate kannya. Hahaha….Sebenarnya aku bukanlah seorang pendendam, tetapi aku mempunyai daya ingatan yang kuat tentang sesuatu perkara. Dan sekiranya aku marah atau geram akan sesuatu perkara, aku tidak boleh melupakan perasaan tersebut. Dan aku yakin sekiranya aku tidak dapat mengawal marah tersebut ianya boleh membawa kearah dendam sehingga ke tahap kesumat. Tapi sampai ke hari ni, aku rasa belum lagi aku berdendam dengan sesiapa. Nasib baik aku pandai kawal kemarahan. =) =)

Hah, sekarang aku mula menyedari sedikit demi sedikit tentang apa yang berlaku dalam hidup aku sebelum nih. Ya, aku semakin mengerti tentang apa yg aku lalui. Tetapi cukupkah dengan hanya menilai dari pendapat Dr FK ni sahaja? Jikalau di dalam amalan sains makmal, ujikaji tidak harus dilakukan cukup dengan sekali. Seharusnya diuji beberapa kali barulah mendapat hasil dengan bukti yang kukuh. Jadi dengan ini, aku harus mencari lagi rahsia-rahsia tarikh lahir dari laman web lain pulak.

Untuk sumber yang seterusnya, rahsia bulan kelahiran dalam bulan Islam pulak. Dan aku menjumpai ini,
Sya’aban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Nahh, pendek tapi dapat menceritakan hampir keseluruhan tentang diri aku. Hahaha, secara ringkasnya memang diakui pada waktu kecil begitulah sifat aku. Cuma dengan adik beradik nih aku memang susah nak beralah dan selalu bertekak dengan adik beradik aku. Nak2 dengan abg aku Mamat. Teringat aku waktu kecik-kecik berebut bantal golek busuk sampai nak pecah rumah. Hahahaha, haru betul waktu tuh. Tapi, tentang perihal waktu dewasa tu pulak agak mengecewakan sebab sehingga kini aku masih belum boleh dikategorikan sebagai seorang yang berjaya. Errmm, mungkin juga aku belum mencapai tahap dewasa !! hahahaha…….( hahh sudahh !! )
Bila bercerita tentang rahsia2 sebegini, pastinya ada banyak pendapat dari pelbagai pihak yang mempunyai tanggapan mereka sendiri. Samada baik atau buruk pastinya masih ramai lagi yang ingin mengetahui tentang rahsia tarikh lahir mereka sendiri. Manusia dilahirkan ke bumi ini sememangnya adalah untuk mengenali diri mereka sendiri. Kemudian barulah seorang manusia itu boleh ‘mengena’l Penciptanya. Sekiranya aku masih ingat sepotong ayat dari alquran ini, pasti aku post kan nya di sini. Ayat tersebut menyatakan, Allah meminta kita mengenali diri kita sendiri untuk kita mengenal siapa Allah swt. Jelas bukan, sesiapa yang menyatakan bahawa dia sudah mengenali siapa Allah sudah pasti mengenali siapa diri mereka. Dan perlu diingatkan makna mengenali di sini bukan seperti kita mengenali makhluk-makhluk ciptaannya di bumi ini. Ianya lebih dalam dari itu.
Fuhhh, hampir 2 jam aku menghabiskan masa untuk berceloteh. Sudah lama juga mood sebegini tak datang dalam hidup aku. Moga2 selepas ini aku makin rajin mennulis blog. Chill~ =) =) ‘kalau tiada yang sudi membaca, masakan aku akan menulis. Betul tak?....hehehe, so, jutaan terima kasih kepada yang membaca.
Sekian, wassalamm….
Aku Bersama Abg, Muhammad @ Mamat

Aku sewaktu menyambut ulangtahun yang ke berapa entah. :P

Aku bersama sepupu, Ahmad Shukri @ Angah. dah kawen pon dia skang. Tahniah.
p/s : Angah, ko ni mase kecik da macam watak Manjalong dlm kartun Gila2. hehehe.