Total Pageviews

Sunday, November 21, 2010

INDUNG-INDUNG

Indung indung lagu indung 

Indung indung lagu indung 
Indung indung lagu indung 
Indung indung 



Anak dagang pergilah merantau 
Membawa keris luk tujuh belas 
Besi dititik besi di tinting 
Diasap kemenyan tunggal 
Dibasuh air belimbing buluh 



Indung indung lagu indung 
Indung indung 



Bisanya keris tidaklah terkira 
Sebulan 
Sebulan dagang menggalas lalu 
Jejak di tikam mati jua 



Setitik 
Setitik darah jatuhlah ke laut
Setahun ikan tidak bermain 



Indung indung lagu indung 
Indung indung 



Setitik 
Setitik darah jatuhlah ke darat 
Semusim padi tidaklah menjadi 



Indung indung lagu indung 
Indung indung 


Saturday, November 20, 2010

Hikayat Puteri Walinung Sari@Puteri Wanang Sari



Ceritera Ini Telah Diriwayatkan Berlaku Di Negeri Inderapura (Nama Lama Pahang). Ada Pun Inderapura Pada Zaman Kemegahan Kerajaan Melayu Melaka Telah Diperintah Oleh Seorang Bendahara Bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika Zaman Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka Muncul Sebagai Sebuah Pusat Penyebaran Dan Pengembangan Syiar Islamiah Yang Terkenal Di Rantau Nusantara.

Ada Pun Ugama Islam Itu Tersebar Dari Melaka Ke Segenap Pelusuk Dunia Melayu Melalui Peperangan Dan Taklukan. Namun Tidak Kurang Juga Negeri-Negeri Itu Diislamkan Melalui Perkahwinan Diraja. Raja Siak Misalnya Telah Berkahwin Dengan Puteri Sultan Mansor Shah Yang Bernama Puteri Mahadewi.

Arakiannya, Pecah Berita Bahawa Bendahara Paduka Raja Itu Menaruh Seorang Puteri Yang Cantik Jelita. Puteri Wanang Seri Namanya. Ada Pun Ini Selain Dari Mempunyai Rupa Paras Yang Terlalu Rupawan, Puteri Wanang Seri Juga Sangat Perwira, Pandai Bersilat Gayung Dan Melambung Senjata. Puteri Wanang Seri Juga Sangat Dikasihi Oleh Bendahara Paduka Raja Sendiri Sehingga Bendahara Menetapkan Barang Siapa Yang Mampu Menewaskan Puteri Wanang Seri Dalam Ilmu Persilatan, Orang Itu Akan Diangkat Oleh Bendahara Menjadi Menantunya.

Sudah Ramai Anak-Anak Muda Dari Kalangan Rakyat Jelata Mahupun Dari Keturunan Raja Yang Tewas Dalam Sayembara Persilatan Kepada Puteri Wanang Seri. Hingga Di Satu Masa, Bendahara Merasa Masygul Apabila Mengenangkan Puterinya Yang Tidak Akan Dapat Berkahwin Dengan Mana-Mana Jejaka.

Kemasyhuran Puteri Wanang Seri Ini Singgah Ke Pendengaran Raja Melaka. Baginda Berhasrat Untuk Menyunting Puteri Wanang Seri Untuk Dikahwinkan Dengan Anak Dato Temenggung. Anak Dato' Temenggung Itu Bernama Tun Putih Cahaya Pualam. Baginda Kemudiannya Mengutuskan Utusan Meminang Yang Diketuai Oleh Hang Ishak Ke Inderapura.

Setelah Menerima Penghadapan Dan Mendengar Akan Maksud Kedatangan Rombongan Itu, Bendahara Paduka Raja Merasakan Bahawa Sudah Tidak Guna Lagi Baginya Beradu Sayembara Persilatan Kerana Jika Diteruskan, Kelak Puteri Baginda Itu Akan Menjadi Dara Tua. Tanpa Bertanya Kepada Puteri Wanang Seri Terlebih Dahulu, Bendahara Menerima Maksud Kedatangan Rombongan Itu Dan Pertunangan Serta Perkahwinan Ditetapkan Dalam Jangka Masa 4 Purnama.

Ada Pun Puteri Wanang Seri Sewaktu Menerima Perkhabaran Itu Tiadalah Dia Bersuara Melainkan Tunduk Berdiam Diri Sahaja. Bendahara Dan Sekelian Menteri Serta Hamba Rakyat Kemudian Sibuk Mendirikan Balai Diraja Untuk Tujuan Kenduri Perkahwinan Itu Kelak. Malah Rakyat Jelata Turut Bergembira Menyambut Berita Bahawa Puteri Wanang Seri Akan Berkahwin Dengan Orang Besar Dari Melaka.
"Ampun Tuanku, Sembah Patik Pohonkan Diampun" Sembah Inang Tua Pada Suatu Hari.
"Ada Apa Inang? Katakanlah.." Titah Baginda Bendahara Paduka Raja.
"Ampun Tuanku. Adapun Kita Ini Kekurangan Suatu Barang Buat Hantaran Ke Melaka Nanti. Jika Ada Keizinan Tuanku, Patik Ingin Ke Pekan Untuk Mendapatkan Barangan Itu.."
"Apa Gerangan Barang Itu Inang?" Tanya Bendahara.
"Kain Cindai Kulit Manggis. Hendak Dibeli 7 Bidang.." Sembah Inang Tua.
"Pergilah Inang..." Bendahara Memberi Izin.
"Izinkan Anakanda Turut Serta, Ayahanda.." Sembah Puteri Wanang Seri Kepada Bendahara Paduka Raja.
"Anakanda Teringin Benar Hendak Melihat Pasar Dan Juga Suasana Di Pekan Itu. Izinkanlah Ayahanda, Kerana Tidak Lama Lagi, Tidaklah Anakanda Dapat Melihat Negeri Kita Lagi...
"Baiklah. Ayahanda Izinkan.."

Maka Berangkatlah Puteri Wanang Seri Menuju Ke Pekan Dengan Menaiki Usungan Diiringi Oleh Juak-Juak Dan Inang Pengasuh. Perjalanan Menuju Ke Pekan Itu Mengambil Masa Setengah Hari. Apabila Matahari Naik Ke Kepala, Rombongan Itu Berhenti Di Sebuah Kolam Yang Jernih Bagi Melepaskan Penat Lelah Dan Dahaga.
"Inang, Bawakan Air Untuk Beta. Beta Dahaga, Inang" Titah Puteri Wanang Seri.
"Baik, Tuanku.."

Inang Kemudiannya Pergi Ke Tepian Kolam Dengan Membawa Sebiji Buyung. Suasana Di Kolam Itu Teramat Cantik. Ibarat Syurga Dunia Layaknya. Burung-Burung Bersiul Berterbangan. Pokok-Pokok Merimbun Menghiasi Tepiannya. Permukaan Airnya Sangat Jernih. Pendeknya Terasa Segar Tubuh Badan Melihat Pemandangan Ciptaan Tuhan Itu. Inang Itu Tahu Bahawa Dia Tidak Harus Berlama-Lama Di Situ. Kelak Dibimbangi Tuan Puteri Jatuh Murka.

Sebaik Sahaja Sampai Di Tempat Peristerihat Tuan Puteri, Inang Itu Terus Menceritakan Hal Kolam Yang Cantik Itu. Puteri Wanang Seri Terus Terpesona Ingin Melihat Pemandangan Kolam Itu. Terus Sahaja Baginda Berangkat Ke Tepian Kolam Itu. Benar Kata Inang Itu. Pemandangan Kolam Itu Sungguh Cantik Hingga Membuatkan Hati Puteri Wanang Seri Merasa Sangat Sukacita. Baginda Kemudian Bersyair Dan Bermadah Menghiburkan Hati Baginda Sambil Diselangi Dengan Tawa Inang-Inang Pengiring.

Di Kala Itu, Seorang Putera Kayangan Yang Bernama Raja Mambang Segara Sedang Berburu Di Sekitar Kolam Itu. Adapun Raja Mambang Segara Ini Adalah Anak Raja Kayangan, Raja Laksamana Petir Yang Berdiam Di Kemuncak Gunung Tahan. Apakala Terpandangkan Rombongan Itu Sedang Bersuka-Sukaan, Dan Melihat Pula Panji Kebesaran Putera-Puteri Diraja Sedang Berkibar Ditiup Semilir Waktu Tengahari, Tahulah Baginda Bahawa Rombongan Itu Adalah Rombongan Puteri Wanang Seri. Sudah Banyak Khabar Berita Yang Baginda Dengar Tentang Puteri Wanang Seri Itu. Baginda Ingin Melihat Kecantikan Puteri Wanang Seri Selain Dari Menguji Ilmu Kepandaian Puteri Itu.

Raja Mambang Segara Kemudian Menukarkan Dirinya Menjadi Seekor Burung Merpati Berwarna Putih Bersih. Lalu Burung Merpati Itu Terbang Hinggap Di Atas Ranting Pokok Berhampiran Dengan Tempat Puteri Wanang Seri Sedang Beristirehat. Tatkala Terpandangkan Merpati Putih Itu, Inang Tua Langsung Menegur.
"Eh, Eh. Cantiknya Burung Merpati Itu Tuan Puteri. Lihat Tu.."
Puteri Wanang Seri Sewaktu Itu Sedang Membelakangi Burung Merpati Itu. Sewaktu Mendengar Suara Inang Tua Itu, Hati Puteri Wanang Seri Lantas Berdebar-Debar. Seperti Ada Lelaki Yang Sedang Memandangnya. Sewaktu Menoleh Ke Arah Burung Merpati Itu, Puteri Wanang Seri Segera Menarik Tudung Menutupi Wajah Baginda.
Melihat Sahaja Akan Burung Merpati Putih Itu, Hati Baginda Terus Tertawan. Lantas Diperintah Juak-Juak Pengiring Menangkap Burung Merpati Itu. Anehnya Burung Merpati Itu Langsung Tidak Melarikan Diri. Seolah Merelakan Dirinya Ditangkap Oleh Juak-Juak Itu Pula. Puteri Wanang Seri Merasa Amat Sukacita Mendapat Burung Yang Jinak Itu. Terus Sahaja Baginda Membelai Dan Bermain-Main Dengan Burung Merpati Itu.
"Siapakah Gerangan Engkau Wahai Burung Merpati? Kenapa Beta Tiba-Tiba Jatuh Kasih Kepadamu. Katakanlah Wahai Burung.." Madah Baginda Seolah-Olah Burung Itu Memahami Kata-Kata Baginda.
Burung Merpati Itu Terbang Hinggap Di Atas Jari Telunjuk Puteri Wanang Seri.
"Kenapa Tuan Puteri Menutup Wajah Tuan Puteri?" Tanya Inang Pengasuh.
"Entahlah Inang. Hati Beta Merasa Berdebar-Debar Melihat Burung Merpati Ini. Beta Merasa Malu Pula. Seperti Burung Merpati Ini Seorang Lelaki Layaknya..."
Mendengarkan Madah Puteri Wanang Seri Itu Sekelian Inang Ketawa Lucu.
"Ada-Ada Sahaja Tuan Puteri Ini.. Inikan Hanya Seekor Burung?" Kata Inang Tua.

Setelah Terlerai Segala Lelah Yang Mengikat Urat Saraf, Tibalah Masanya Rombongan Itu Berangkat Meneruskan Perjalanan.
"Terbanglah Engkau Wahai Merpati. Beta Tidak Dapat Hendak Membawa Kamu Bersama Kerana Beta Tidak Sampai Hati Hendak Mengurung Kamu Di Dalam Sangkar. Kamu Tentu Inginkan Kebebasan. Berat Rasanya Hati Beta Hendak Berpisah Dengan Kamu. Hati Beta Sudah Jatuh Kasih Padamu Wahai Burung. Walau Bagaimanapun Pulanglah Engkau Ke Tempat Asal Engkau. Selamat Jalan, Burung..."
Ketika Itu Airmata Hiba Puteri Wanang Seri Jatuh Ibarat Karang Yang Berderaian. Burung Merpati Itu Kemudian Terbang Jauh Melintasi Kolam Itu.

Setelah Rombongan Itu Berangkat Pergi, Burung Merpati Itu Bertukar Semula Menjadi Raja Mambang Segara. Tahulah Raja Mambang Segara Bahawa Puteri Wanang Seri Itu Seorang Puteri Yang Budiman. Walaupun Puteri Wanang Seri Itu Sekadar Memperlihatkan Matanya, Namun Raja Mambang Segara Dapat Merasakan Bahawa Puteri Itu Tersangat Jelita. Hati Raja Mambang Segara Sudah Terpikat. Tanpa Berlengah, Baginda Menuruti Jejak Rombongan Itu Menuju Ke Pekan.

Ada Pun Rombongan Puteri Wanang Seri Itu Tiba Di Pekan. Pekan Merupakan Sebuah Kota Yang Sibuk Dengan Pasarnya. Hamba Rakyat Yang Mendiaminya Sangat Ramai Dengan Aneka Jualan Dan Juga Permainan Di Dalam Pasarnya. Rakyat Jelata Apakala Mengetahui Rombongan Puteri Wanang Seri Mengunjungi Kota Itu, Terus Sekelian Hamba Memberi Pelbagai Hadiah Buat Tuan Puteri Dan Juga Paduka Bendahara.

Raja Mambang Segara Yang Baru Tiba Di Pekan Itu Kemudian Menukarkan Dirinya Menjadi Seorang Pemuda Buruk Yang Berpakaian Compang Camping. Baginda Kemudiannya Mendekati Usungan Puteri Wanang Seri Lalu Menghulurkan Sebiji Talam Yang Sangat Cantik Ukirannya.
"Ampun Tuanku, Sembah Pacal Yang Hina. Terimalah Pemberian Yang Tidak Seberapa Dari Hamba Yang Hina Ini..."
Puteri Wanang Seri Menarik Tabir Usungan. Dilihatnya Seorang Pemuda Buruk Sedang Memegang Talam Yang Sangat Halus Buatannya. Dilihatnya Pemuda Itu Sangat Comot Tetapi Matanya Bercahaya Dan Bersinar Galak. Puteri Wanang Seri Merasakan Darahnya Menyimbah Naik Ke Muka Apakala Menentang Sinar Mata Pemuda Miskin Itu.
"Terima Kasih Orang Muda. Beta Merasa Berbesar Hati Menerima Hadiah Dari Kamu.. Budi Kamu Beta Junjung"

Setelah Memperolehi Kain Cindai Kulit Manggis 7 Bidang Itu, Rombongan Itu Pulang Ke Istana. Malamnya Pula Puteri Wanang Seri Tidak Dapat Melelapkan Mata, Asyik Terkenangkan Pemuda Comot Itu. Kesokan Paginya, Sebaik Sahaja Ayam Berkokok Dan Fajar Menyinsing, Puteri Wanang Seri Sudah Bersiap-Siap Berlanggir Untuk Menuju Ke Pekan Dengan Ditemani Oleh Inang-Dayang Dan Juga Juak-Juak.

Seperti Hari Sebelumnya Itu, Puteri Wanang Seri Bertemu Dengan Pemuda Yang Memakai Pakaian Compang Camping Itu Lagi. Kali Ini Pemuda Itu Menghadiahkan Puteri Wanang Seri Dengan Sekaki Payung Berwarna Kuning.

Hari Yang Ketiga, Puteri Wanang Seri Turun Lagi Mengunjungi Pekan. Hari Yang Ketiga Itu, Pemuda Itu Menghadiahkan Puteri Wanang Seri Dengan Sekuntum Bunga Melur.
"Orang Muda..." Titah Puteri Wanang Seri.
"Patik, Tuanku.."
"Tahukah Kamu Bersilat Dan Bermain Senjata..?" Tanya Tuan Puteri.
"Hamba Erti Sedikit-Sedikit, Tuanku" Jawab Pemuda Itu.
"Mahukah Kamu Kalau Beta Mengajak Kamu Bersayembara Di Gelanggang Silat?" Tanya Puteri Wanang Seri Lagi.
"Jika Itu Sudah Kemahuan Tuanku, Patik Menurut Sahaja..."

Maka Hari Sayembara Itu Ditetapkan. Sekelian Hamba Rakyat Keluar Menyaksikan Pertarungan Persilatan Antara Puteri Wanang Seri Dengan Pemuda Miskin Yang Ditemuinya Di Pekan. Sebaik Sahaja Ditiup Nafiri, Tuan Puteri Wanang Seri Masuk Ke Gelanggang Silat Lengkap Berpakaian Kebesaran. Bertudung Menutupi Wajahnya Sebagai Tanda Menjaga Maruah Puteri Melayu. Di Gelanggang Persilatan, Pemuda Comot Itu Sedia Menanti.

Puteri Wanang Seri Sangat Perwira Dan Tidak Pernah Kalah Walau Sekalipun Sebelum Sayembara Itu. Baginda Merasa Amat Pasti Bahawa Baginda Akan Memenangi Pertarungan Itu. Kedua-Dua Belah Pihak Saling Bertukar Pukulan Dan Buah Kilas. Sesekali Jurus Yang Dikeluarkan Adalah Jurus Kebatinan Yang Memukul Dari Jauh. Segala Pukulan Yang Ditujukan Ke Arah Pemuda Itu Dapat Dikesampingkannya Dengan Sempurna Malah Ilmu Persilatan Pemuda Itu Jauh Lebih Hebat Daripada Ilmu Pertempuran Puteri Wanang Seri.

Mereka Saling Berasak-Asak Dengan Pukulan Yang Merbahaya Sehingga Akhirnya Pemuda Itu Melancarkan Jurus Pukulan Yang Sangat Hebat. Puteri Wanang Seri Tahu Bahawa Dia Akan Tewas Dalam Sayembara Itu. Bagi Menjaga Maruah Istana, Baginda Merasakan Bahawa Baginda Harus Memenangi Sayembara Itu Walau Dengan Apa Cara Sekalipun. Di Saat Yang Genting Itu, Puteri Wanang Seri Menarik Tudung Yang Menutupi Wajahnya Lalu Terlihatlah Seri Cahaya Wajahnya Yang Gilang Gemilang. Melihatkan Kecantikan Puteri Itu, Pemuda Comot Itu Terus Jatuh Pengsan Akibat Gelora Nafsu Yang Tidak Tertahan.

Sebaik Sahaja Pemuda Comot Itu Pengsan, Hilang Sementara Waktu Segala Kesaktiannya. Pemuda Comot Itu Tidak Semena-Mena Bertukar Semula Menjadi Raja Mambang Segara, Lengkap Berpakaian Kebesaran Serta Busar Panahnya Terletak Di Sisi. Melihatkan Hal Itu, Puteri Wanang Seri Segera Menitahkan Agar Raja Mambang Segara Yang Masih Tidak Sedarkan Diri Diusung Naik Ke Istana.

Raja Mambang Segara Pengsan Tidak Sedarkan Diri Selama Setengah Hari. Peristiwa Itu Disaksikan Oleh Raja Laksamana Petir Dari Kemuncak Gunung Tahan Melalui Cermin Hikmat Baginda. Baginda Merasa Amat Murka Terhadap Raja Mambang Segara Kerana Tidak Harus Keturunan Baginda Tewas Dengan Kecantikan Seorang Manusia. Baginda Kemudian Menghantar Utusannya Untuk Mengambil Raja Mambang Segara Yang Masih Belum Sedarkan Diri Di Istana Inderapura.

Arakian, Muncullah Petir Dan Kilat Sabung-Menyabung Di Langit Tinggi. Puteri Wanang Seri Masih Setia Di Sisi Raja Mambang Segara Namun Dilihat Oleh Baginda, Jasad Raja Mambang Segara Semakin Lama Semakin Menipis. Baginda Puteri Terkejut Dengan Kejadian Itu. Tiba-Tiba Menjelma Kilat Dari Langit Beserta Yang Letupan Guruh Yang Memekakkan Telinga Membelah Udara Istana. Jasad Raja Mambang Segara Lenyap Dari Pandangan. Puteri Wanang Seri Terus Jatuh Pengsan.

Dalam Tidak Sedarkan Diri Itu, Puteri Wanang Seri Bermimpi Bertemu Dengan Seorang Pendita.
"Wahai Puteri Wanang Seri. Nama Anak Raja Itu Ialah Raja Mambang Segara. Ayahandanya Bernama Raja Laksamana Petir. Jika Tuan Puteri Kasihkan Ia, Carilah Ia Di Kemuncak Gunung Tahan. Di Sanalah Ayahandanya Berkerajaan".

Ada Pun Keesokan Harinya, Puteri Wanang Seri Dikhabarkan Lenyap Dari Istana. Ada Yang Mengatakan Bahawa Puteri Wanang Seri Telah Berangkat Ke Kemuncak Gunung Tahan Mencari Kekasih Hati Baginda. Kadang-Kadang Puteri Wanang Seri Dilihat Muncul Di Inderapura Bersama Dua Orang Pengiring Perempuan. Seorang Sedang Memayungi Puteri Wanang Seri Dengan Payung Berwarna Kuning Manakala Seorang Lagi Pengiring Baginda Menaburi Langkah Puteri Wanang Seri Dengan Bunga-Bunga Yang Diisi Di Dalam Talam Berukiran Indah. Nama Puteri Wanang Seri Kemudiannya Lebih Dikenali Ke Hari Ini Sebagai Puteri Walinong Sari. Wallahua'lam.



Wednesday, November 10, 2010

TEH O SEJUK



SANTAILAWAKSANTAILAWAKSANTAILAWAKSANTAILAWAKSANTAILAWAK











Criiooottttttttttt…gruupppp….!

“ Aduhh..sakitnyer perut aku….dah 3 hari tak makan ape-ape nih. Rasa cam nak mati jer dah ni. “ Keluh Awang si pemuda baru sahaja kehilangan pekerjaan. Dia sememangnya seorang yang pemalas biarpun kesusahan menghimpit dirinya.

“ Aduhh, duit tinggal 70 sen je dah nihh. Aku nak makan apa macam ni. Harap-harap kedai Tok Mat ni ada la makanan murah-murah. “ kata Awang dengan harapan sambil dia berangan-angan dan terus duduk di salah satu meja di warung Tok Mat. Kemudian datang seorang pelayan, pekerja warung tersebut.

“ Ye abang Awang, minum ape? Makan ape?. “

“ Err, kat kedai ni apa yang boleh dibeli dengan 70sen?. “ Tanya Awang selamba.

“ Ermm….70sen……. haa, teh o panas boleh. Yang itu harga dia 70sen. Nak? “

“ Oh ye…macam tu eahh. Kalau teh O sejuk plak? Berape sen? “

“ Kalau sejuk pulak harga dia rm1.50 je bang. “ Terang si pelayan tersebut.

“ Ohh, kalau macam tu tak apa lah bang, bagi the O panas je lah. Saya ada 70sen je ni. Teh O sejuk mahal la pulak. Bagi segelas ye. “ Kata si Awang memesan minumannya. 5 minit kemudian dating semula si pelayan dengan segelas teh O panas yang masih berasap.

“ Nah  bang, teh O panas. “

“ Terima kasih ye. “ katanya si Awang dengan penuh kesopanan sambil menyambut teh O panas tersebut. Tiba-tiba dengan tak semena-mena si Awang terus menghirup teh O panas tersebut tanpa menghiraukan kepanasan air tersebut. Habis ! Terkejut si pelayan.

“ Eh bang ! Panas tu. Kalau ye pun biar la tunggu air tu sejuk. Tekak apa kau ni pakai?? “   

“ Uishhh….aku betul-betul ada 70sen je ni. Kalau tunggu sejuk kang saya kena bayar rm1.50 pulak nanti. Itu pasal aku minum habis sementara air masih panas.“

“ Oh Awangggggg !!!!!!!!!!!! Lurusnya engkau nih…!


Sekian.


Monday, November 8, 2010

The King of Gallus - Ayam Hutan


Terbang tinggi si ayam hutan,
Di atas tanah garang tak terkira,
Ayam hutan ayam sumpahan,
Di kampong mati di hutan beraja.

Ayam hutan cantik bulunya,
Tajam meruncing keris di kaki,
Andai kita alpa memburunya,
Pupus kelak tiada berganti.


Kokokan merdu sayup kedengaran namun bayangan empunya diri sukar bertembung manusia. Itulah misteri bagi ayam-ayam liar (hutan) yang hidup di hutan. Dalam Bahasa Jawa disebut dengan nama ayam alas manakala dalam Bahasa Inggeris junglefowl; semuanya merujuk pada tempat hidupnya dan sifatnya yang liar di hutan.


Ayam-ayam ini dari segi bentuk tubuh dan perilaku hampir serupa dengan ayam-ayam peliharaan, kerana hubungkait (keluarga) dengan ayam peliharaan. Perbezaan diantara jantan dengan betina adalah dari segi bentuk tubuh, warna dan ukurannya (dimorfisme seksual, sexual dimorphism). Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, manakala ayam betinanya yang cenderung berwarna monoton dan kusam. Begitu juga suara kokok, hanya ayam hutan jantan berbuat demikian. Ayam hutan betina boleh bersiul untuk menarik perhatian ayam jantan mendekatinya.

Secara umum terdapat empat spesies ayam hutan yang berhabitat mulai India, Sri Lanka sehingga sampai ke Asia Tenggara (merangkumi Malaysia) termasuk Kepulauan Nusantara. Keempat spesies itu adalah:

Ayam-hutan merah, Gallus gallus
















Ayam-hutan Srilangka, Gallus lafayetii













Ayam-hutan kelabu, Gallus sonneratii





















Ayam-hutan hijau, Gallus varius


















Ayam hutan adalah pemakan segala, meskipun cenderung sebagai pemakan biji-bijian. Namun seperti ayam lain, ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.

Keluarga unggas ini biasanya hidup berpasangan atau dalam kelompok kecil. Tidur di atas ranting perdu atau semak, tidak terlalu jauh dari atas tanah. Pada musim bertelur, betina membuat sarang sederhana di atas tanah dan mengeram telurnya hingga menetas. Anak-anak ayam hutan diasuh oleh induk betinanya.

Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang; tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas. Unggas ini mampu terbang lebih jauh jika terdesak.

Ayam hutan merupakan salah satu jenis unggas yang menjadi sinonim dengan manusia sejak ribuan tahun yang lalu. Unggas ini boleh wujud berhampiran habitat manusia contohnya pinggir kampung, bukit dan hutan. Tidak hairanlah manusia sering menjumpainya atau telur jika bernasib baik. Telurnya boleh ditetaskan dengan meletakkan bersama telur ayam kampung untuk dieramkan oleh induk tumpang. Teknologi penetasan telur yang mengaplikasikan suhu juga adalah alternatif untuk menetaskan telur ayam hutan ini.

Anak ayam hutan lazimnya sukar tinggal bersama ayam peliharaan kita. Biasanya ia akan lari ke hutan dan berdikari. Jika kita membelanya, ia selalunya dikurung, namun sukar hidup lama kerana umpama sumpahannya yang masih misteri untuk dijelaskan. Selalunya ayam hutan yang dibela oleh kita telah dikacukkan dengan ayam peliharaan (ayam kampung). Kacukan ayam hutan dan ayam peliharaan biasanya dikenali ayam bekisar. Tetapi kita masih memanggilnya ayam hutan bila menjelaskannya kepada rakan disebabkan perasaan bangga memilikinya biarpun bukan tulen 100%.

Mengapa unggas ini begitu istimewa di kalangan kita? Ianya adalah kerana suara kokoknya yang merdu dan bulunya yang indah. Dan kokoknya itu bukan kokok biasa, andai kita di dalam hutan, kokoknya membawa isyarat tertentu yang sukar dijelas secara fakta. Ayam hutan mempunyai misterinya yang tersendiri, sukar melihatnya kerana haiwan ini pemalu dan sering mengelak dari bertembung manusia. Orang-orang tua berpesan minta berhati-hati mengusik atau menangkap unggas ini kerana adakalanya berkait dengan alam ghaib.

Bagi penggemar ayam hutan, mereka sanggup meredah hutan dan ladang-ladang bagi menangkap ayam hutan ini. Teknik yang digunakan ialah jerat dan racip. Ayam hutan yang ditangkap jarang dibela kerana sukar dikurung. Biasanya bila manusia mendekati, ayam hutan yang dikurung akan meronta pada jaring menyebabkan bulunya tertanggal. Ayam hutan liar yang berjaya ditangkap dan apabila dikurung akan muram dan pasif kerana dikeluarkan daripada habitat sebenar. Lazimnya tidak hidup lama apabila dikurung. Penggemar ayam hutan yang berjaya menangkap unggas ini akan menyembelih kerana isinya yang enak persis burung.

Satu lagi keistimewaan ayam hutan jantan adalah kegarangannya bila bertembung spesiesnya. Mereka akan menyerang satu sama lain untuk menentukan pemenang dan menguasai kawasan sekitar atau untuk memikat ayam betina. Serangan sesama ayam hutan jantan biasanya dengan cara mematuk menggunakan paruh. Namun senjata utama spesies ini ketika bertempur adalah taji yang terdapat pada sebelah atau kedua-dua belah kakinya. Taji yang runcing dan panjang (boleh panjang melebihi 2 inci) mampu membuatkan lawannya gerun atau berundur sebelum bertempur. Andai pertempuran tercetus antara ayam hutan jantan tidak mustahil ada yang luka, cedera atau terbunuh. Yang menang berkokok riang membuktikan kekuasaannya manakala yang kalah longlai mengundur diri atau terbujur kaku, itulah hukum rimba.

Memang menarik bercerita tentang ayam hutan. Namun sebagai manusia, kita dikurniakan akal untuk berfikir. Cerita ini bukan bertujuan memberi galakan kepada kaki buru hidupan liar. Ia sekadar menyedarkan kita keistimewaan dan keunikan spesies yang diancam kepupusan ini. Kita bersyukur andai hari ini kita masih berpeluang melihatnya, namun esok belum menjamin kemandirian spesies ini kekal di bumi kita. Bersama-sama kita menghargainya supaya generasi akan datang juga berpeluang melihatnya secara langsung.

Untuk pengetahuan pembaca,
Akta perlindungan hidupan liar 1972 (akta 76) jadual empat memperuntukkan bahawa spesies ayam hutan dilindungi daripada ancaman manusia. Pihak Jabatan Perhilitan ditugaskan untuk menguatkuasakan akta bagi melindungi binatang liar, burung liar dan serangga di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) daripada pupus dan ditangkap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jenis-jenis lesen yang perlu diambil oleh orang ramai yang ingin mendapatkan binatang liar, burung liar atau serangga yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan ialah lesen binatang buruan (KPM 14A), lesen binatang liar yang diperlindungi (KPM15A), lesen serangga diperlindungi (KPM16A), lesen burung-burung pemburuan (KPM17A).

Lesen menangkap burung liar yang diperlindungi (KPM 18A), Lesen berniaga burung / binatang liar lesen dan lesen berniaga daging (KPM 19A), Lesen mengawet burung / binatang liar (KPM 20A), Lesen Import / Export Binatang / Burung Liar (KPM 21A), Lesen menangkap burung liar (KPM 22A), lesen memelihara burung liar (KPM 22A), Lesen menempat / Mengurung binatang / burung liar (KPM 24A), Lesen Terofi Binatang / Burung Liar yang diperlindungi (KPM 25A) dan Lesen mengambil dan menjual sarang burung layang-layang (KPM 26A).

Di bawah Seksyen 64 (1), mereka yang melakukan perbuatan menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-keduanya sekali. Di samping itu, di bawah Seksyen 65, mereka yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya seperti badak kerbau, harimau belang atau harimau dahan atau memiliki sebahagian daripadanya dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Antara kes-kes penangkapan ayam hutan yang dilaporkan.


KUANTAN,Tiga lelaki memberi alasan memburu ayam hutan untuk dijadikan lauk kenduri ketika ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Penor Sungai Belat, di sini kelmarin.

Mereka yang dalam lingkungan umur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana memiliki 24 ekor ayam hutan yang sudah siap disembelih dan dipercayai hasil buruan secara haram.
KHIRIAH menunjukkan senapang patah dan ayam hutan yang dirampas daripada sekumpulan pemburu di Ladang LKPP Penor, Sungai Belat semalam.
Menurut Pengarah Perhilitan Pahang, Khiriah Mohd. Shariff, sesiapa sahaja tidak dibenarkan berburu ayam hutan sejak isu selesema burung dihebahkan.

Mereka (suspek) memberitahu kepada anggota kami bahawa ayam tersebut diburu untuk dijadikan lauk pada majlis kenduri di rumah salah seorang daripada mereka, katanya.

Beliau memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76 seksyen 68 iaitu menembak, membunuh dan mengambil binatang liar yang dilindungi. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.BERITAKOSMO.



Dan pada ketika ini, mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa ayam hutan ini adalah spisis unggas yang dilindungi dan dijaga populasinya di Negara kita. Maka tidak hairanlah akta-akta sebegini digubal demi menjaga khazanah Negara yang tidak ternilai ini.

Oleh itu, pada semua rakyat di Negara kita khasnya haruslah meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga populasi setiap hidupan liar yang terdapat di hutan hujan tropika kita ini. Lupakan tentang keenakkan daging ayam hutan, biarlah hidupan seperti ini bebas hidup menerokai tanah ‘hakmilik’ mereka.  

          Sekian, wallahualam.


          “cintailah hidupan liar, biarkan mereka bebas.”





SUMBER DARI INTERNET & INISIATIF.

Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari








Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw.

Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.

’Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya. Mereka berkata, “Celaka kau, apakah kamu ini ? Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah mata-mata.’ Mereka bertanya, ‘Mata-mata apa?” Dia menjawab, ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’ Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga mema suki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ? Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu in Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.” Maka kami pun segera mendapatkan kamu.

Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!” (Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu kota di Palestin.) Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?” “Aku bertanya kepada kamuapakah kurma berbuah?” “Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’ Lalu dia berkata lagi. “Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!” (Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.) “Tentang apanya yang engkau nak tanyakanT’ “Apakah tasik itu masih berair ? ‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,” Dia berkata, “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!” (Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.) “Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?” “Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,” “Apakah orang-orang Arab memenanginya?” Ya” “Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.” “Apakah demikian?” “Ya” ‘lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.” Fathimah berkata, “Sambilmemukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?” orang ramai menjawab :"Benar.” Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sosungguhnya Dajjal itu berada di Iaut Syam atau di Iaut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.” Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu.

Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan- akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.