Total Pageviews

Wednesday, March 23, 2011

Hati Lara berbunyi...........


Hati Menjerit Dari Dalam. Namun Siapakah Yg Mampu Mendengarnya. Mengapa Aku Membiarkannya Terus Menjerit Dari Dalam Dan Tidak Melepaskannya Ke Dunia Nyata?. Aku Sendiri Pun Tidak Pasti Samada Ada Kebaikannya Atau Sebaliknya. Tapi Aku Lebih Rela Membiarkannya. Dalam Erti Kata Lainnya, Aku Memendam Rasa. Ya Ianya Suatu Penyiksaan Apabila Hati Bagai Nak Rak Menjerit Namun Mulutku Tetap Membisu Seribu Bahasa. Langkahku Terus Kaku. Nafasku Perlahan. Sekiranya Aku Andaikan Diri Aku Ini Adalah Seekor Singa, Ianya Hanya Akan Memandang Sahaja Seekor Antelop Itu Lalu Di Depan Mukanya Tanpa Menghiraukannya. Semangatku Hilang! Entah Sampai Bila Aku Harus Begini. Teman-Teman Saling Berbahagia - Ada Juga Yg Saling Berduka. Aku Pula Hanya Mampu Berfikir, Melayang, Berfikir Kembali Dan Melayang Lagi. Hari Demi Hari. Lebih Banyak Dosa Dari Berpahala. Aku Semakin Layu.

Ya, Akibat Terlalu Menyayangi Seseorang Aku Lupa Bahawa Aku Juga Mengabaikan Seorang Insan Iaitu Diri Aku Sendiri. Aku Abaikan Diri, Aku Perbodohkan Diri. Bodohnya Aku. Sungguh Aku Tak Menyangka Begini Jadinya. Aku Bagaikan Sudah Tidak Ingin Lagi Percaya Tentang Apa Yg Aku Lihat Di Dunia Ini, Tidak Ingin Aku Mengakui Apa-Apa Lagi. Segala Kefahamanku Tentang Hidup, Kasih Sayang, Cinta, Dan Segala Yg Indah-Indah Sudah Tidak Ada Maknanya Lagi Dalam Hidupku. Aku Terbungkang Di Suatu Sudut Di Mana Aku Hanya Nampak Segala Keburukanku, Segala Kekejianku Yg Dahulunya Aku Buangkan Jauh. Dan Kini, Ianya Datang Kepadaku Kembali, Menyelubungi Aku Lagi Sekali. Aku Tidak Dapat Lagi Membuangnya. Dan Kadang-Kadang Aku Lebih Bahagia Dengan Pakaian Baruku Ini. Biarpun Ia Compang-Camping Buruk Lusuh Dan Berbau Hapak. Namun Ia Menjadikan Aku Berada Di Kedudukan Paling Hina Sekali Di Antara Kamu Semua. Aku Tidak Perlu Lagi Untuk Memikirkan Tentang Darjat, Kemuliaan Dan Dsb. Bebas Untuk Kamu Semua Meletakkan Apa-Apa Yang Kamu Lihat Padaku. Gila, Bangsat, Buruk, Anjing, Letaklah Sesuka Hati Kamu Biarkan Hatimu Puas.



Aku Tersangat Ingin Untuk Menulis Lagi….Tapi Nanti La Bersambung…….Ermmm



No comments:

Post a Comment