Segar minda terasa ibarat menikmati sebiji epal masak ranum yg baru dipetik di waktu pagi dingin dan damai. Penangan cinta luhur barangkali. Itulah kehebatan suatu ciptaan Maha Esa yg bergelar ‘cinta’. Setiap manusia pasti tidak akan menolak rasa hebatnya cinta itu. Hebatnya kehidupan ini. Ya, terciptanya kehidupan ini adalah melalui bibit-bibit cinta dariNya jua. Sepertimana cintanya seorang laki-laki terhadap perempuan yg lahir tanpa dipaksa, begitulah juga seharusnya cinta makhluk kepada Sang Pencipta Alam. Namun demikian tetaplah ia jatuh kpd fitrahnya yakni cinta yg jujur itu pasti akan menemui kemanisannya dan cinta yg diwujudkan oleh manusia pasti akan gugur jua.
Bukan cinta sesama manusia yg inginku bicarakan pada kali ini tetapi cintaku terhadap sesuatu yg sudah lama kutinggalkan iaitu membaca. Ya, aku suka membaca. Selama berkelana dengan pelbagai dugaan dan ranjau bertahun-tahun di mana telah aku tinggalkan kecintaanku terhadap buku-buku yg pernah menjadi teman setia hidupku. Baik, tanpa perluku coretkan panjang lebar lagi. Semalam dalam kunjunganku ke gedung buku Kinokuniya aku telah menemui khazanah dari salah seorang yg paling aku kagumi iaitu dr Prof Dr Hamka. Seorang yg tidak perlu lagi aku kisahkan tentang ketokohannya dalam dunia Islam di nusantara ini. Begitu banyak sumbangan beliau terhadap kebangkitan umat Islam pada hari ini.
Di antara pelbagai koleksi beliau yg terdapat di sana aku tertarik untuk memiliki 2 buah buku iaitu 1001 Soal-Soal Hidup dan juga Renungan Tasawuf – Manisnya Iman. Mungkin kerna pada waktu sekembalinya aku ke hobi lama ini aku perlukan sebuah bacaan-bacaan ringkas seperti 2 buku tersebut. Dengan antara 100 – 150 jumlah muka surat bagiku cukup untuk mengubati rinduku kepada penulisan-penulisan Prof Dr Hamka. Ya, bagiku penulisan beliau sangat menusuk qalbuku. Sedikit sinopsis tentang dua buku tersebut ;
1001 SOAL-SOAL HIDUP – mengisarkan perihal permasalahan-permasalahan yg berlaku dalam kemasyarakatan sekeliling beliau di mana pelbagai bentuk soalan yg telah di ajukan di dalam terbitan mingguan “Pedoman Masyarakat” sekitar tahun 40an.
Prof Dr Hamka ada berkata :
1. Pengubat Jerih manusia adalah dua keutamaan. Pertamanya Iman kepada Allah swt dan keduanya percaya kepada sahabat.
2. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan kesalahannya. Hanya sahabat yang setia sanggup membukakan matanya.
3. Sahabat yang ‘ber-udang di sebalik batu’ adalah umpama anjing di tepi jalan yg ditujunya hanyalah tulang yg dilemparkan kepadanya bukannya tangan yg melemparkan itu.
RENUNGAN TASAWUF MANISNYA IMAN – Mengandungi kumpulan karangan dan ceramah Allahyarham Buya Hamka dari tahun-tahun yg berbeza. Antaranya 1) Akal dan Khayal (2 ) Kewajipan dan Akhlak Kaum Muslimin dalam Bernegara (3) Agama ialah Cinta (4) Di Antara Cinta dan Fanatik (5) Kepercayaan dan Pengetahuan (6) Lailatul Qadar (7) Untuk Menjadi Perbandingan (8) Pemimpin Agama.
Sebuah karya yg benar-benar membuktikan kesenimanannya dalam penulisan puitis yg mampu difahami oleh pembaca khasnya.
No comments:
Post a Comment