Total Pageviews

Monday, November 8, 2010

The King of Gallus - Ayam Hutan


Terbang tinggi si ayam hutan,
Di atas tanah garang tak terkira,
Ayam hutan ayam sumpahan,
Di kampong mati di hutan beraja.

Ayam hutan cantik bulunya,
Tajam meruncing keris di kaki,
Andai kita alpa memburunya,
Pupus kelak tiada berganti.


Kokokan merdu sayup kedengaran namun bayangan empunya diri sukar bertembung manusia. Itulah misteri bagi ayam-ayam liar (hutan) yang hidup di hutan. Dalam Bahasa Jawa disebut dengan nama ayam alas manakala dalam Bahasa Inggeris junglefowl; semuanya merujuk pada tempat hidupnya dan sifatnya yang liar di hutan.


Ayam-ayam ini dari segi bentuk tubuh dan perilaku hampir serupa dengan ayam-ayam peliharaan, kerana hubungkait (keluarga) dengan ayam peliharaan. Perbezaan diantara jantan dengan betina adalah dari segi bentuk tubuh, warna dan ukurannya (dimorfisme seksual, sexual dimorphism). Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, manakala ayam betinanya yang cenderung berwarna monoton dan kusam. Begitu juga suara kokok, hanya ayam hutan jantan berbuat demikian. Ayam hutan betina boleh bersiul untuk menarik perhatian ayam jantan mendekatinya.

Secara umum terdapat empat spesies ayam hutan yang berhabitat mulai India, Sri Lanka sehingga sampai ke Asia Tenggara (merangkumi Malaysia) termasuk Kepulauan Nusantara. Keempat spesies itu adalah:

Ayam-hutan merah, Gallus gallus
















Ayam-hutan Srilangka, Gallus lafayetii













Ayam-hutan kelabu, Gallus sonneratii





















Ayam-hutan hijau, Gallus varius


















Ayam hutan adalah pemakan segala, meskipun cenderung sebagai pemakan biji-bijian. Namun seperti ayam lain, ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.

Keluarga unggas ini biasanya hidup berpasangan atau dalam kelompok kecil. Tidur di atas ranting perdu atau semak, tidak terlalu jauh dari atas tanah. Pada musim bertelur, betina membuat sarang sederhana di atas tanah dan mengeram telurnya hingga menetas. Anak-anak ayam hutan diasuh oleh induk betinanya.

Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang; tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas. Unggas ini mampu terbang lebih jauh jika terdesak.

Ayam hutan merupakan salah satu jenis unggas yang menjadi sinonim dengan manusia sejak ribuan tahun yang lalu. Unggas ini boleh wujud berhampiran habitat manusia contohnya pinggir kampung, bukit dan hutan. Tidak hairanlah manusia sering menjumpainya atau telur jika bernasib baik. Telurnya boleh ditetaskan dengan meletakkan bersama telur ayam kampung untuk dieramkan oleh induk tumpang. Teknologi penetasan telur yang mengaplikasikan suhu juga adalah alternatif untuk menetaskan telur ayam hutan ini.

Anak ayam hutan lazimnya sukar tinggal bersama ayam peliharaan kita. Biasanya ia akan lari ke hutan dan berdikari. Jika kita membelanya, ia selalunya dikurung, namun sukar hidup lama kerana umpama sumpahannya yang masih misteri untuk dijelaskan. Selalunya ayam hutan yang dibela oleh kita telah dikacukkan dengan ayam peliharaan (ayam kampung). Kacukan ayam hutan dan ayam peliharaan biasanya dikenali ayam bekisar. Tetapi kita masih memanggilnya ayam hutan bila menjelaskannya kepada rakan disebabkan perasaan bangga memilikinya biarpun bukan tulen 100%.

Mengapa unggas ini begitu istimewa di kalangan kita? Ianya adalah kerana suara kokoknya yang merdu dan bulunya yang indah. Dan kokoknya itu bukan kokok biasa, andai kita di dalam hutan, kokoknya membawa isyarat tertentu yang sukar dijelas secara fakta. Ayam hutan mempunyai misterinya yang tersendiri, sukar melihatnya kerana haiwan ini pemalu dan sering mengelak dari bertembung manusia. Orang-orang tua berpesan minta berhati-hati mengusik atau menangkap unggas ini kerana adakalanya berkait dengan alam ghaib.

Bagi penggemar ayam hutan, mereka sanggup meredah hutan dan ladang-ladang bagi menangkap ayam hutan ini. Teknik yang digunakan ialah jerat dan racip. Ayam hutan yang ditangkap jarang dibela kerana sukar dikurung. Biasanya bila manusia mendekati, ayam hutan yang dikurung akan meronta pada jaring menyebabkan bulunya tertanggal. Ayam hutan liar yang berjaya ditangkap dan apabila dikurung akan muram dan pasif kerana dikeluarkan daripada habitat sebenar. Lazimnya tidak hidup lama apabila dikurung. Penggemar ayam hutan yang berjaya menangkap unggas ini akan menyembelih kerana isinya yang enak persis burung.

Satu lagi keistimewaan ayam hutan jantan adalah kegarangannya bila bertembung spesiesnya. Mereka akan menyerang satu sama lain untuk menentukan pemenang dan menguasai kawasan sekitar atau untuk memikat ayam betina. Serangan sesama ayam hutan jantan biasanya dengan cara mematuk menggunakan paruh. Namun senjata utama spesies ini ketika bertempur adalah taji yang terdapat pada sebelah atau kedua-dua belah kakinya. Taji yang runcing dan panjang (boleh panjang melebihi 2 inci) mampu membuatkan lawannya gerun atau berundur sebelum bertempur. Andai pertempuran tercetus antara ayam hutan jantan tidak mustahil ada yang luka, cedera atau terbunuh. Yang menang berkokok riang membuktikan kekuasaannya manakala yang kalah longlai mengundur diri atau terbujur kaku, itulah hukum rimba.

Memang menarik bercerita tentang ayam hutan. Namun sebagai manusia, kita dikurniakan akal untuk berfikir. Cerita ini bukan bertujuan memberi galakan kepada kaki buru hidupan liar. Ia sekadar menyedarkan kita keistimewaan dan keunikan spesies yang diancam kepupusan ini. Kita bersyukur andai hari ini kita masih berpeluang melihatnya, namun esok belum menjamin kemandirian spesies ini kekal di bumi kita. Bersama-sama kita menghargainya supaya generasi akan datang juga berpeluang melihatnya secara langsung.

Untuk pengetahuan pembaca,
Akta perlindungan hidupan liar 1972 (akta 76) jadual empat memperuntukkan bahawa spesies ayam hutan dilindungi daripada ancaman manusia. Pihak Jabatan Perhilitan ditugaskan untuk menguatkuasakan akta bagi melindungi binatang liar, burung liar dan serangga di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) daripada pupus dan ditangkap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jenis-jenis lesen yang perlu diambil oleh orang ramai yang ingin mendapatkan binatang liar, burung liar atau serangga yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan ialah lesen binatang buruan (KPM 14A), lesen binatang liar yang diperlindungi (KPM15A), lesen serangga diperlindungi (KPM16A), lesen burung-burung pemburuan (KPM17A).

Lesen menangkap burung liar yang diperlindungi (KPM 18A), Lesen berniaga burung / binatang liar lesen dan lesen berniaga daging (KPM 19A), Lesen mengawet burung / binatang liar (KPM 20A), Lesen Import / Export Binatang / Burung Liar (KPM 21A), Lesen menangkap burung liar (KPM 22A), lesen memelihara burung liar (KPM 22A), Lesen menempat / Mengurung binatang / burung liar (KPM 24A), Lesen Terofi Binatang / Burung Liar yang diperlindungi (KPM 25A) dan Lesen mengambil dan menjual sarang burung layang-layang (KPM 26A).

Di bawah Seksyen 64 (1), mereka yang melakukan perbuatan menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-keduanya sekali. Di samping itu, di bawah Seksyen 65, mereka yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya seperti badak kerbau, harimau belang atau harimau dahan atau memiliki sebahagian daripadanya dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Antara kes-kes penangkapan ayam hutan yang dilaporkan.


KUANTAN,Tiga lelaki memberi alasan memburu ayam hutan untuk dijadikan lauk kenduri ketika ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Penor Sungai Belat, di sini kelmarin.

Mereka yang dalam lingkungan umur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana memiliki 24 ekor ayam hutan yang sudah siap disembelih dan dipercayai hasil buruan secara haram.
KHIRIAH menunjukkan senapang patah dan ayam hutan yang dirampas daripada sekumpulan pemburu di Ladang LKPP Penor, Sungai Belat semalam.
Menurut Pengarah Perhilitan Pahang, Khiriah Mohd. Shariff, sesiapa sahaja tidak dibenarkan berburu ayam hutan sejak isu selesema burung dihebahkan.

Mereka (suspek) memberitahu kepada anggota kami bahawa ayam tersebut diburu untuk dijadikan lauk pada majlis kenduri di rumah salah seorang daripada mereka, katanya.

Beliau memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76 seksyen 68 iaitu menembak, membunuh dan mengambil binatang liar yang dilindungi. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.BERITAKOSMO.



Dan pada ketika ini, mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa ayam hutan ini adalah spisis unggas yang dilindungi dan dijaga populasinya di Negara kita. Maka tidak hairanlah akta-akta sebegini digubal demi menjaga khazanah Negara yang tidak ternilai ini.

Oleh itu, pada semua rakyat di Negara kita khasnya haruslah meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga populasi setiap hidupan liar yang terdapat di hutan hujan tropika kita ini. Lupakan tentang keenakkan daging ayam hutan, biarlah hidupan seperti ini bebas hidup menerokai tanah ‘hakmilik’ mereka.  

          Sekian, wallahualam.


          “cintailah hidupan liar, biarkan mereka bebas.”





SUMBER DARI INTERNET & INISIATIF.

7 comments:

  1. bodo macam setan org perhilitan ni ayam dah kene sembelih ambik buat ape.tangkap je la pemburu tu.ayam tu bagi je diorang makan dulu..korang ambik pun bukan boleh hidup semula.sah-sah korang yang makan ayam tu nanti.mkn mkanan haram la korang.mati nanti tau la.org lain susah payah memburu korang senang2 je makan.sial......

    ReplyDelete
  2. Memburu adalah adat dan tradisi sejak zaman dulu lg.kalau sesiapa yg duduk dikawasan pedalaman dan tiada sifat memburu maka mereka sudah lupa identiti mereka.ayam hutan tidak akan pupus.jumlah terlalu banyak dan sukar ditemui.

    ReplyDelete
  3. Stuju.ayam yg perhilitan amik buat apa?kenduri uma pemburu tak jdi.kenduri dganti di umah kerani?org2 perhilitan yg tak jujur'korang pi la tangkap yg seludup penyeludup.mmg tak guna korang ni.hasil hutan pun korang nak'rasuah lagi!!berubah la woiii

    ReplyDelete
  4. Salah tetap salah. Perhilitan buat kerja. Kalau dibiarkan pupus la stok ayam hutan tu nanti. Sapa mulut haram ckp diaorg makan blek ayam tu? Jgn nak wat fitnah. Kalau x tau SOP perhilitan jgn ckp ikot suka. Brgn rampasan mcm ayam td akan dlupuskan dgn kaedah penanaman.

    ReplyDelete
  5. Salah tetap salah. Perhilitan buat kerja. Kalau dibiarkan pupus la stok ayam hutan tu nanti. Sapa mulut haram ckp diaorg makan blek ayam tu? Jgn nak wat fitnah. Kalau x tau SOP perhilitan jgn ckp ikot suka. Brgn rampasan mcm ayam td akan dlupuskan dgn kaedah penanaman.

    ReplyDelete
  6. Pale hotak ko blh pupus...Ko ingt sng ke nk dpt aym ni??Bodoh tahap gaban ko ni Shed taik..

    ReplyDelete
  7. shed anuar ni sejenis baghal ke ape? ayam dah semelih ikut SOP tanam? jenis bongok pegi tanam mende halal dah korg agama ape? undang2 perhilitan ni zaman jahilliyah punye. lesen mmburu dgn snapang korg bg tp lesen mmburu dgn racik xbg. ape ke bebalnye undang2. tebang hutan smpai binatang tu xde habitat xpe tp org mmburu seko dua korg angkut. kejadahnye otak korg

    ReplyDelete