sebutir pertama itu di dalam berjuta permata
sinaranmu tidak menyilau seperti permata berkilauan lain
warnamu tidak terang seperti permata yang mahal dan jernih
namun mudah bagiku untuk memandang ke arah mu
cahayamu tidak menyilaukan ku, tidak membutakan mataku
cahayamu sederhana sepadan dengan kemampuan mataku
cukup untuk aku menyedarkan diri ini bahawa dikaulah yang dicari selama ini
sebutir permata itu,
di dalam qalbuku engkau kemerah-merahan
sisi-sisimu memancarkan sinaran lembut
aku ingin menyentuhmu, aku ingin tahu engkau bukan palsu
aku ingin mengasingkanmu dari permata-permata yang lain
ingin aku meletakkan dikau di dalam bekas beralas baldu
agar dikau selamat dan terus mengekalkan cahayamu yang sederhana itu
sebutir permata itu,...
menjadikan setiap helaan nafasku dingin dan tenang.......
wah.....seronokla kalau si 'permata' tu baca entry ni...terharu..=)
ReplyDelete=) =) lagi seronok kalau dia menyedarinya....=) =)
ReplyDeletehehehe...die sedar ke x? gitaula die..
ReplyDeletekalau gitau pon dia wat xtau je kot.......kih3..... :P
ReplyDelete