Siapa aku. Siapakah diri kita yang sebenarnya. Aku pasti setiap orang di dunia ini pernah terlintas di fikirannya untuk bertanyakan hal tersebut. Ya, setiap orang ingin mengenali diri sendiri. Aku juga tidak terkecuali dari bertanyakan soalan yang sama. Hampir setiap kali aku berada di persimpangan persoalan tentang mengapakah si polan ini bertindak balas sedemikian terhadap aku. Di situ lah akan munculnya persoalan yang mempersoalkan perlakuan diri sendiri atau lebih tepat lagi, mengapa aku jadi begini dsb. Dari situlah aku tergerak hati untuk berceloteh setelah sekian lamanya berada di titik persoalan yang rumit ini.
Seringkali aku cuba untuk memastikan diri ini tidak melakukan kesilapan. Seringkali aku cuba untuk menjadikan diri ini adalah yang terbaik kepada semua orang di sekelilingku malahan di dalam beribadat pun aku ingin lakukan yang paling baik. Sudah pasti semua insan waras di dunia ini inginkan sebegitu. Tapi kita hanya manusia yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Berapa kalikah kita melakukan kesilapan yang serupa dalam sehari atau seminggu. Ini juga kita tidak dapat lari kerana ketika melakukan kesilapan tersebut kita tidak sedar akan halnya. Masakan terjadi kesilapan sekiranya kita sedar bahawa itu adalah sebuah kesilapan bukan? Di sini aku cuba untuk meneliti kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan. Ya, aku ingin berubah demi diri sendiri seterusnya demi orang di sekelilingku juga.
Mengapa harus terjadinya kesilapan di dalam sebuah kehidupan di dunia ini. Ini kerana kita masih belum sempurna untuk menghadapi situasi-situasi berkaitan. Oleh sebab itu kita menggelarkannya sebuah pengajaran atau iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan yang mungkin menyakitkan hati dan merugikan diri sendiri. Sebuah pepatah ada menyatakan bahawa "orang yang bijak adalah mereka yang belajar dari kesilapan diri sendiri dan orang yang lebih bijak adalah mereka yang belajar dari kesilapan orang lain." Kedengaran agak menyenangkan bukan. Namun begitu berapa ramaikah yang ingin menjadi samada orang yang bijak atau yang lebih bijak. Tepuk dada tanyalah selera anda sendiri. Bersambung….
tiada yang sempurna melainkan tuhan...ketidak sempurnaan mengajar kita sentiasa sedar bahawa kita cuma makhluk tuhan yang rendah dan serba kekurangan
ReplyDelete=) sentiasa sedar untuk menyedari kita makhluk tuhan yang serba kekurangan. dan Allah tidak mengubah nasib seseorang itu sehinggalah beliau mengubah nasibnya sendiri. itulah seharusnya kita lakukan. dan saya akan mengubah nasib diri ini menjadi dan mendapatkan apa yang lebih baik dari sebelumnya. Insyallah. Mudah2an Allah makbulkan doa saya ini. amin.
ReplyDeleteamin..=)
ReplyDelete