Akibat dari terlalu mengantuk di pagi hari, aku singgah tido kt surau stesen Petronas Kesas. Walaupun hanya seketika tapi dapat la jugak hilangkan sikit rs mengantuk tuh. Jalanraya yg lurus tidak lagi nampak bengkang bengkok. Kalau mengantuk mcm2 boleh jadi ye tak. Hihi. Entah mengapa perjalanan Desa Kemuning – Setapak dirasakan jauh sekali walaupun hanya sejauh 45km shj. Keteruskan juga perjalanan dan setibanya dirumah aku terus rebahkan badan dan tiba2, gelap.
***
Urghhhh…!...krakk krupp….tulang aku bagaikan dikunyah2 oleh seekor dinosaur bunyinya. Ngantuk mmg ngantuk lg namun kugagahi jua untuk tidak terus tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari. Jap lagi azan zuhur berkumandang. Lepas sesi mencergaskan muka aku duduk mengadap televisyen. Mata je yg tengok tapi fikiranku melayang entah ke mana. Memikirkan apa yg akan aku buat hari ini. Ermmm, berbagai2 perkara keluar dr benak fikiran ini dan kebanyakannya hanya berkisar tentang ikan dan pancing. Hahaha. Nama pun dah kaki pancing memg itu ler yg di pikirkannya dulu. Ermmm apabila banyaknya gambaran hobi aku itu keluar, terus shj aku teringat akan ikan di dalam peti2 tu. Ya, mereka masih belum dijadikan lauk. Jeng je jengg,……….
Siakap, tamban, pari dan jenahak tu suma masih membeku di dalam peti using aku nih. Tapi yg mana satu akan aku korbankan dulu yer…Aisey, untuk part ni terus shj aku serahkan tugas kepada tekak dan perut @ nafsu makan aku. Sambil2 aku mengemaskan dapur yg sedikit berselerak dek kerana aku tak masuk ke dapur sejak 3 ari yg lalu. "Ermm, mereka masih belom ingin utk belajar mengemas dapur gamaknye nih." Hatiku berbisik pantas. Aku kembali berbaring mengadap televisyen setelah selesai.
Tiba2 aku teringatkan masakan ketika di Nodri Café, kedai makan sahabat pancing aku di Desa Kemuning. Ikan siakap bakarnya mmg menaikkan nafsu makan aku ketika itu. Aishhh, dah terliur dah beb…..adoiii….kemudian timbul pula idea nak masak kukus pulak. Aishhh,…..itu la, kalau dah mula fikir fasal menu masakan ikan ni mmg sumanya nk kuar…tp dalam byk2 menu yg kuar itu entah mengapa tekak ini bagaikan hanya menyebut siakap stim. Ya, siakap kukus. Agak lama juga aku x menjamah masakan ini. Hehehe.
Lalu aku menyemak semula resepi siakap stim yg ada di internet. Setelah mengecam bahan-bahan resepi aku dengan bingkasnya bangun ke dapur kembali. Ahh, beru aku sedar yg rumah aku tiada periuk mengukus. Aduhh, ini satu masalah ni. Namun mungkin akibat dari nekadnya aku utk mengukus siakap pd hari ini aku terus bersiap keluar utk mencari periuk mengukus nihh. "Cari yg murah2 ajer lahhh. Yang penting siakap tu boleh di kukus.". Aku mengeluh sendirian.
Cari punya cari dapat lah jumpa set periuk mengukus yg agak murah berbanding yg lain iaitu hanya berharga rm41.90 bersaiz 24cm. Tak lupa jugak pekakas yg lain serta bahan-bahan masakan yg diperlukan. Hahahaha, di sini aku gelak sendirian kerana aku keliru dengan lada sulah dan lada putih ( white pepper ). Aku sanggup tepon kawan aku yg jauhnyer beribu batu hanya kerana ingin mengenalpasti antara keduanya. Hahaha, rupa2nya sama je la,,,!! Hahaha. LOL !
Sampai di rumah, aku terus menanak nasik sambil memotong bahan2 yg diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan |
Haa, Nampak sedap x ?........... |
Setelah selesai dengan segala perencah2 dan bahan2 rahsia, ikan siakap aku sedia untuk dilemaskan dalam periuk mengukus baru aku itu. Hehehe…..dan hasilnya, jeng je jenggggg………
Tadaaaaa…….!!!! Siaappp………. SIAKAP KUKUS BUJANGAN siap untuk dihidangkan. Hehehe. |
Huh, akhirnya siap jugak siakap stim bujangan aku nihh…hehehe…dengan excited nya aku mencedok nasik dan membancuh air oren sunqist lalu dihidangkan. Biarpun hanya aku berseorangan namun aku tetap hepi dgn masakan ku ini. Hihihihi.
Santapan aku pada hari ini. Yummy…… |
Burpp…Alhamdulillah, kenyang. Akhirnya terlunas jua keinginan aku untuk menjamu siakap kukus. Setelah bersandar kekenyangan sambil mengadap televisyen ( lagi ! ), aku tersenyum puas meraikan hari ini dengan jayanya. Hehehe. Tiba2 aku tersedar, baju aku ni mcm kaler baju malam tadi ajer……
LAAAAA…………AKU BELUM MANDI LAGI RUPANYA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! HAHAHAHAHHAHAHA…..!!!!!
***
No comments:
Post a Comment