Total Pageviews

Thursday, October 28, 2010

Cerita dari hujung kampung...........








Alkisah di Kampung Serai Seraut tentang 3 sekawan Deris,  Jusoh, Mat Janggut yg belum puas menikmati hidup berlumurkan dosa-dosa dan mereka pula begitu taksub dengan kehebatan jin yg bg mereka dapat menyenangkan hidup mereka selamanya.

Deris seorang kaki perempuan yang begitu dahagakan tubuh wanita-wanita dambaannya, Jusoh pula seorang peminum arak tegar yang sering menghabiskan duitnya terhadap air kencing syaitan itu dan Mat Janggut seorang yang begitu ‘low profile’ lagaknya tetapi menghadapi keterujaan terhadap rokok dan asap yang menjadi teman sepanjang hidupnya sehinggakan anak bininya mati akibat tak tertahan menghidu bau asap rokoknya . Begitulah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri mereka bertiga ini. Namun mereka ini selalu sahaja mengalami ketidakpuasan dalam perkara-perkara tersebut. Maklumlah mereka bukannya ada duit untuk menampung kegiatan buruk mereka itu.

Dan pada suatu malam di bulan September mereka bertiga sepakat untuk bertemu dengan seorang bomoh yang dikatakan handal dalam bab memuja makhluk jin itu. Maka bertemulah mereka bertiga dengan bomoh tersebut yang kebetulan sedang berehat di beranda pondok kayunya yang sangat usang rupabentuknya. Rumah bomoh jin la katakan…. Mereka pun menyapa,

“Assalamualaikum tok ! wah…wahhh,…senang hati nampaknye tok malam ni. Baru menang ekor ker? Hehe…..” kata Deris yg paling petah berkata-kata di antara mereka bertiga itu.
“Kepala hangguk kau menang ekor ! Hape kau dah lupa ker hari ni hari Khamis. Kedai ekor tutup, mane boleh beli nombor harini. “ jawab Bomoh Pin dengan nada selorohnya.
“Manelah tau kan, menang yang dua hari lepas punyer… Hehe…ouhh, tok pun main ekor juga la ni ye…kihkih.” Berkata lagi si Deris sinis lalu dijawab pantas oleh Bomoh Pin.
“Aishhh….kau ni, kau ingat aku nih kaya ker. Kalau kaya xde la aku jadi bomoh nihh……Hah, apa hajat engkorang ni dating malam-malam buta nihh? Nampaknya berhajat besar.”
“ Errr..kami bertiga ni ingat nak nak meminang anak tok. Boleh tok?“ hehe…kami ni pun dah lama hidup membujang…kahkah! ….alaaa tok jgn marah yer…kami melawak je..hihi… begini, kami ni berhajat nak bela sekor jin nak dibuat kadam kami. Maklumlah kami terlalu banyak kerja sehingga xlarat nak buat. “Deris meloyar buruk dan ketawa terbahak-bahak sambil diikuti oleh kedua karibnya itu.
Bomoh Pin meradang apabila dipermainkan oleh 3 orang pemuda yang sememangnya berperangai seperti kera itu. Namun dia hanya berlagak tenang memandangkan kredibilitynya sebagai bomoh jin terhandal masih tidak tercemar.  Seperti kebiasaan apabila datangnya tetamu yang tidak diundang Bomoh Pin akan menjemput mereka masuk ke bilik khas yang luasnya hanya dua kali besar jamban cangkung rumah orang lama-lama. Maka bersuaralah mereka menyatakan hajat untuk memiliki seekor jin yang handal dan lurus menurut perintah. Maklumlah mereka bertiga ni dah la buat pekerjaan jahat, pemalas pula tu. oleh sebab itulah mereka sangat berkeinginan untuk memiliki kadam yang boleh menurut perintah tanpa banyak soal.

“Ouhhh begitu rupanyer. Itu perkare mudah wahai encik-encik sekalian. Engkorang perlu buat satu perkara jek sebagai pengeras untuk menyeru jin tu. Begini,blaa…blaaaa…blaaaaa…blurrr…blurrr….lens… blurr …blaaaa….kappowww. Hah, berserulah engkorang panggil  jin tu, tapi jangan la lari pulak yekk. Paham??  Terang Bomoh Pin kepada mereka bertiga namun belum sempat Bomoh Pin mendongak ke arah mereka lagi sudah kedengaran suara mereka sayup nun di kejauhan memecah keheningan malam bulan mengambang penuh itu.
“Paaaaahhhhhhhaaaaaaaammmmmmmmm tooookkkkkkkkkkkkkkk !!!!!!....” bertempik mereka bertiga menjawab pertanyaan tok itu tadi.



Sememangnya perangai mereka tak pernah berubah walaupun dalam situasi meminta bantuan untuk diri mereka sendiri.

Dipendekkan cerita, setelah mereka berjaya mendapatkan pengeras seperti yang disuruh oleh Bomoh Pin itu tadi mereka pun menuju ke bukit batu yg terletak di hujung kampong tersebut  untuk dijadikan tempat pemujaan tersebut. Sesampai sahaja mereka ke puncak bukit yang dikatakan tempat jin bertendang itu, Mat Janggut  yang membawa pengeras tersebut ditugaskan oleh Deris untuk memuja jin yang memang menetap di atas bukit tersebut sejak sekian lama.

“Aaahhh kau ni Mat, dari tadi asyik ngan rokok ajerr kt mulut tur. Hah, alang-alang mulut dah berasap tu apa kata kau yang menurun jin tuh. Aku bab jampi-jampi ni memang lemah la. “ Disuruhnya Mat Janggut yang sememangnya dari tadi tak berhenti menghembus asap rokok di mulutnya.
Walaupun begitu, Mat Janggut yang berjiwa sentiasa ‘low profile’ itu pun melakukan upacara tersebut tanpa banyak soal dek kerana kesukaannya terhadap asap yg busuk itu. Api pun dinyala dan kemenyan dibakar. Bersemerbaklah seluruh kawasan sekitar dengan bau kemenyan yang begitu disukai oleh makhluk-makhluk halus di hutan. Suasana senyap sunyi, hanya suara burung pungguk dan sekali-sekala disertakan bunyi sayap kelawar sayup-sayup kedengaran. Gelap. Bulu tengkuk Deris dan Jusoh jangan diceritalah ketegakkannya. Boleh tembus baju yang dipakai mereka hendaknya. Peluh-peluh jantan mula menitis laju. Tiba-tiba…….




“Huarghhhhh!!!!!!!!!!!! Harrr !! Harr !! siapakah  yang berani  memanggil aku ni haaa?!
Berkata-katalah seekor jin yang secara tiba-tiba muncul entah dari mana itu sehinggakan mereka bertiga berpelukkan akibat ketakutan yang baru pertama kali dirasakan oleh mereka setelah bergelumang lama dengan kemungkaran. Deris yang petah itu pun tergagap-gagap dibuatnya. Jin yang bersuara garau itu pun berkata lagi,

“Ahhh….sudah memanggil, menggigil pulak….harr…harr…harrr !! memang dasar manusia hati kecikk !…..hahahaha…! hey korang bertiga! Macam biasalah, aku ada 3 sahaja permintaan yg boleh korang mintak, lebih pada tu no way!...hahahahaha…”
“ Bbb….baiklahh…aku ni dah lama bermimpikan hidup dengan perempuan-perempuan siang dan malam…..aku nak kau kumpulkan semua perempuan-perempuan cantik di seluruh dunia ni, lepas tu aku nak kau kurung aku dengan mereka dalam sebuah gua beserta hiasan-hiasan kat dalam tu…hehe….biarkan aku selama 10 tahun dan jangan siapa-siapa ganggu aku. “ jawab Deris yang sentiasa tak sabar apatah lagi dengan peluang itu yang dinanti-nantikan selama ini.

“ahhhh…..itu perkara senang ! Nahhhh ambikk….! Hahahahahaa…………! “
Dengan sekelip mata, Deris pun lesap maka terpinga-pingalah Jusoh dan Mat Janggut melihat kejadian sebegitu rupa berlaku di depan mata mereka. Namun bukanlah mereka semakin takut, tetapi mereka semakin teruja apabila membayangkan sahabatnya itu sudah mencapai apa yang dihajatinya selama ini. Dan belum sempat jin itu bersuara lagi, Jusoh terus menyuarakan hajatnya.
“ En Jin, aku nak kau kurung aku pulak dalam sebuah gua bersama-sama dengan semua jenis arak yang mahal-mahal dan sedap-sedap dan biarkan aku keseorangan tanpa ada gangguan pun selama 10 tahun ! “ kata Jusoh berseloroh.
“ Ahhhh….itu jugak senang ! nahhhhhh…..! “
Kata jin yang begitu hebat ilmu jinnya itu dan sepantas kilat Jusoh juga lesap bersama-sama asap kemenyan yang terawang-awangan. Tinggallah Mat Janggut seorang diri yang sudah bersiap dengan hajatnya itu. Dengan sopannya dia bersuara.
“ Tuan jin yang sangat hebat, aku suka dengan asap rokok dan tak boleh nak tinggalkan asap rokok walau sesaat pun. Oleh itu, berilah aku suatu ruang di mana aku boleh bersenang-senang dengan menghisap rokok tanpa ada satu gangguan pun. Dan aku juga inginkan suasana itu selama 10 tahun. “ Mat Janggut menyuarakan hajat dengan penuh ketatasusilaan.
“ Wahh…ada jugak manusia macam ni yer.. tp tak mengapa, aku akan tunaikan jugak permintaan kau tu dan aku akan hantarkan kau ke dalam gua jugak macam diorang tadi… hahahahaha ! terlalu mudah !...hahaha !....” jawab jin itu pula.

Maka dengan itu, tercapailah hajat mereka bertiga dan berseronoklah mereka di sana. Dan setelah genap 10 tahun mereka bergelumang dengan apa yang mereka hajati itu, jin tersebut kembali untuk membuka pintu gua yang menjadi syurga mereka bertiga. Pintu pertama yang dibuka jin itu adalah pintu gua yang dihuni Deris bersama perempuan-perempuan cantik di dalamnya. Apabila dibuka sahaja pintu gua tersebut, keluarlah Deris  dengan fizikalnya yang kurus teramat kurus dan longlai akibat dari axtiviti seks yang melampau tak terkira banyaknya. 10 tahun bersama perempuan-perempuan. Bayangkanlah. Deris cuba untuk berjalan keluar dari gua tersebut namun jatuh betul-betul di hadapan jin itu dan meninggal dunia di situ jugak. Kesian.

Jin itu terbang pulak ke gua yang dihuni Jusoh bersama arak-araknya. Dibukakan pintu gua oleh jin dan keluarlah Jusoh dalam keadaan buncit hamper pecah perutnya dan kuyu matanya akibat dari meminum arak tanpa batasan. Jin hanya ketawa melihat keletah Jusoh yang cuba berjalan ke arahnya tetapi jatuh tersembam lalu meninggal dunia di pintu guanya. Semakin kuat jin menggelakkan nasib serupa kedua-dua sahabat yang dalam kategori orang-orang bodoh ini. Sungguh kesian.

Maka tanpa melengahkan masa lagi, jin itu terbang pula ke gua yang di huni Mat Janggut bersama rokok-rokoknya. Namun alangkah terkejutnya jin itu apabila pintu itu dibuka menyengahlah riak wajah Mat Janggut yang merah padam dan lagak bagaikan harimau mahu menerkam mangsanya. Tubuh Mat Janggut tidak berubah, sihat dan tegap tidak seperti kedua sahabatnya yang mati dalam keadaan yang menyayat hati sehingga menimbulkan kehairanan pada jin tersebut. Manakan tidak, seharusnya  tubuh Mat Janggut mengalami kesusutan akibat terlalu kuat menghisap beribu-ribu rokok yang menjadi teman hidupnya di dalam gua tersebut.  Tiba-tiba bertempiklah Mat Janggut yang bersikap ‘low profile’ sebelum ini sambil berlari ke arah jin itu lalu melepas satu lempangan yang maha kuat !.

PANGGG !!!!.....


"Ehh....apehal lak nihh kau lempang aku ni???... " tanya jin tersebut tercengang-   
cengang.

“  Hoi BODOH ! Kau bagi aku rokok bukan main banyak, tapi LIGHTERnya mana 
sial????!!!! “



Sekian.

why im here??


KAHH KAHHH KAHHH.....!!!!!

KIHKKIHKKKIHHH....KIHHHH.....!



AHAKKK....AHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH...!!!!


bwahhh...hahahHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...!!!!!!!









*cerita dan gambar² hanya rekaan dan hiasan semata-mata.

Sunday, October 24, 2010

Alkisah sejarah kesultanan Pahang,.........











Negeri Pahang Darul Makmur Merupakan Sebuah Negeri Terbesar Di Semenanjung Tanah Melayu. Kemasyuran Dan Kehebatan Namanya Itu Pada Masa Dahulu, Menjadi Rebutan Kerajaan Sekeliling. Menurut Kajian Oleh Ahli-Ahli Sejarah, Terdapat Banyak Bekas-Bekas Lama Yang Membuktikan Kepandaian Orang Yang Telah Membuka Negeri Ini. Pada Zaman Dahulu, Pemerintah Pahang Pernah Mengadakan Hubungan Dan Menghantar Ufti Bunga Emas Ke Negara China.

Menurut Riwayat Tua, Pemerintahan Negeri Ini Dijalankan Dengan Cara Pemerintahan Beraja. Keturunan Raja-Raja Melaka Adalah Yang Paling Lama Berkuasa Di Pahang Iaitu Selama Lebih 200 Tahun Bermula Daripada Sultan Muhammad Shah (1469-1475) Hingga Kepada Sultan Mahmud Shah Yang Termasyur Di Dalam Sejarah “Al Marhum Mangkat Dijulang” Pada Tahun 1699.

Sebagaimana Yang Terkandung Dalam Sejarah Pahang Iaitu Dalam Tahun 1454, Mansur Syah, Putera Kepada Sultan Muzaffar Melaka Telah Menghantar Satu Pasukan Perang Diketuai Oleh Bendahara Paduka Raja Melanggar Pahang. Maharaja Dewa Sura, Pemerintah Siam Di Pura (Pekan) Melarikan Diri Ke Ulu Pahang. Ia Ditawan Oleh Seri Bija Diraja Di Sebuah Jeram Yang Dikenali Sekarang Dengan Nama Jeram Koi, Ulu Tembeling.

“Maka Datang Sekarang Ini Jeram Itu Dinamai Orang Jeram Kwai. Maka Segala Orang Melaka Pun Datang, Maka Maharaja Dewa Sura Pun Tiada Sempat Lari Berperahu. Maka Oleh Seri Bija Diraja Disuruh Orang Naik Mengepung Maharaja Dewa Sura Itu. Maka Maharaja Dewa Sura Pun Ditangkap Orang, Dibawa Kepada Seri Bija Diraja.

(Shellabear (Ed),1977: Hal 74-75)


Maharaja Dewa Sura Danputerinya Wanang Seri Dibawa Ke Melaka. Puteri Wanang Seri Di Islamkan Dan Diberi Nama Puteri Lela Wangsa Yang Kemudiannya Dikahwinkan Dengan Sultan Mansur Syah. Mereka Mendapat Dua Orang Putera, Raja Ahmad Dan Raja Muhammad.

Pada Suatu Hari, Sedang Beberapa Orang Pemuda Bermain Sepak Raga, Raja Muhammad Yang Berumur Lebih Kurang 15 Tahun Sedang Menunggang Kuda Dikawasan Berhampiran. Bola Sepak Raga Yang Disepak Tun Besar, Anak Kepada Bendahara, Telah Jatuh Ke Atas Dastar Raja Muhammad. Tanpa Usul Periksa, Rja Muahammad Terus Menghunus Kerisnya, Lalu Membunuh Tun Besar.

Sultan Mansur Syah Amat Murka Di Atas Apa Yang Telah Dilakukan Oleh Putera Baginda. Atas Sebab Itu, Baginda Telah Menghantar Raja Muhammad Sebagai Raja Di Pahang. Raja Muhammad Ditabal Sebagai Sultan Muhammad Lebih Kurang Dalam Tahun 1470 Dan Mangkat Pada Tahun 1475.

Gambar foto makam Sultan Muhammad( 1470 - 1475 ), sultan Pahang pertama. Terletak di Kg Pahang Tua, Pekan.


Setelah Kemangkatan Sultan Mahmud Syah, Maka Berakhirnya Pemerintahan Raja Melaka. Kemudian, Pahang Diperintah Pula Oleh Sultan Dari Kerajaan Johor- Riau Pada Tahun 1615 Dengan Perlantikan Raja Bujang Sebagai Sultan Johor Pahang Di Bawah Penguasaan Acheh. Tahun 1641, Penguasaan Acheh Atas Pahang Berakhir Setelah Sultan Iskandar Thani Mangkat.

Tampuk Pemerintahan Pahang Kemudiannya Beralih Pula Kepada Pemerintahan Bendahara. Pemerintahan Bendahara Bermula Dengan Keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid Dan Berakhir Apabila Bendahara Tun (Wan) Ahmad Ibni Almarhum Sultan Ali Diisytihar Sebagai Sultan. Keturunan Bendahara Berjaya Menjadi Sultan Akhirnya Adalah Akibat Daripada Pepecahan Semasa Pemerintahan Bendahara Ali,Di Mana Kerajaan Johor-Pahang Mulai Berpecah Antara Orang Besar Melayu Dan Orang Besar Bugis Serta Kewujudan Kuasa Ingeeris- Belanda Di Kepulauan Melayu. Justeru Kerana Itu, Bendahara Ali Menguatkan Kedudukannya Di Pahang Sebagai Pemerintah Pada Tahun 1819 Dan Temenggong Pula Berkuasa Di Johor.

Bendahara Tun (Wan) Ali Yang Menggantikan Ayahandanya Marhum Korish Dalam Tahun 1806 Telah Mangkat Dalam Tahun 1857 Di Kampung Lamir, Pahang Tua. Puteranya Tun Ahmad Bersemayam Di Pulau Maulana. Tidak Berapa Lama Selepas Itu Berlakulah Perbalahan Antara Tun Ahmad Dengan Tun Mutakhir, Kekandanya. Perang Itu Dikenali Sebagai “Perang Saudara”. Tun Ahmad Akhirnya Berjaya Menewaskan Kekandanya Apabila Hulubalang-Hulubalangnya Di Bawah Pimpinan Panglima Kakap Bahaman Telah Menewaskan Kubu Tun Mutakhir. Tun Ahmad Diisytihar Sebagai Bendahara Dan Berpindah Dari Pulau Maulana Ke Kuala Sungai Parit Dan Kini Dikenali Denagan Kampung Padang Polo.

Pada Tahun 1881, Jurutulis Kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah B. Hasssn Yang Dikenali Sebagai Encik Dollah Tulis Dengan Persetujuan Bendahara, Telah Meminda Cap Iaitu Daripada “Bendahara” Kepada “Sultan”. Atas Sebab Itu, Pada 6hb Ogos 1882, Tun Ahmad Diisytihar Sebagai Sultan Ahmad. Manakala Pada 12hb Disember 1884, Sultan Ahmad Telah Ditabalkan Sebagai Sultan Ahmad Al- Muadzam Shah. Dari Tarikh Itu Juga Anakanda-Anakanda Baginda Dinaiktaraf Kepada Tengku Manakala Isteri Baginda, Cik Puan Bongsu Kepada Tengku Ampuan.

Apabila Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah Mangkat Pada 9hb Mei 1914, Yang Mulia Tengku Besar Diistiharkan Sebagai Sultan. Baginda Pula Mangkat Di Kuala Pahang Pada Malam Selasa 19hb Jun 1917 Tempatnya Diganti Oleh Adinda Baginda Yang Mulia Tengku Abdullah Yang Kemudiannya Ditabal Dengan Gelaran Al- Mu’tasim Billah Al-Sultan Abdullah.

Baginda Sultan Abdullah Dikurniajkan Beberapa Orang Putera Dan Puteri. Antaranya Ialah Yang Muli Tengku Abu Bakar. Dalam Tahun 1925, Tengku Abu Bakar Dikahwinkan Dengan Raja Fatimah, Puteri Kepada Sultan Alang Iskandar Shah, Perak. Tidak Berapa Lama Selepas Perkahwinan Diraja Itu Dilangsungkan, Sultan Alang Iskandar Shah Telah Berunding Dengan Sultan Abdullah Untuk Mendapatkan Persetujuan Kerajaan Inggeris Supaya Sultan Abu Bakar Dilantik Sebagai ‘Ganti Raja’ Menggantikan Keputusan Yang Diambil Semasa Yang Mulia Tengku Mahmud Diisytiharkan Sebagai Tengku Besar.

Setelah Beberapa Lama , Dengan Sokongan Pesuruhjaya Tinggi Sir Hugh Clifford, Kerajaan Inggeris Telah Bersetuju Supaya Putera Sulung Sultan Yang Memerintah Di Lantik Sebagai ‘Pengganti Raja’ Dengan Gelaran Tengku Mahkota. Maka Pada 10hb Jun 1930, Yang Mulia Tengku Abu Bakar Telah Ditabal Sebagai Tengku Mahkota Pahang. Dengan Usaha Pesuruhjaya Tinngi C. Clement, Kerajaan Inggeris Telah Bersetuju Agar Putera Sultan Yang Kedua Dilantik Sebagai ‘Tengku Bendahara’ Dan Putera Ketiga Sebagai ‘Tengku Temenggung’.

Baginda Sultan Abdullah Mangkat Pada Pukul 8.25 Malam Rabu. 22hb Jun 1932. Sebelum Jenazah Almarhum Meninggalkan Istana Kuning, Yang Teramat Mulia Tengku Abu Bakar Telah Diisytihar Sebagai Sultan Pahang. Baginda Ditabal Dengan Gelaran Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Muadzam Shah Pada Hari Ahad, 28hb Mei 1933. Baginda Sultan Abu Bakar Mangkat Pada Pukul 12.45 Pagi, Ahad 5hb Mei, 1974 Setelah 42 Tahun Berada Di Atas Takhta Kerajaan Negeri Pahang.

Maka Dengan Itu, Yang Teramat Mulia Tengku Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Telah Diisytiharkan Sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Pada 7hb Mei 1974 Sehingga Ke Hari Ini. 



Gambar foto Sultan Ahmad al- Muadzam Shah ( memerintah dari 1882 -1914 )










PANTUN JOGET PAHANG





Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami mengucap selamat datang
Apa yang kurang dikeji jangan

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Pukul gendang kulit kerbau
Dalam majlis tari-menari
Kami ini dagang merantau
Mengharap belas orang di sini

Antologi Seuntai kata untuk Dirasa,
Dewan bahasa dan Pustaka







Kalau ada yg masih ingat, pantun ini dilagukan oleh watak Hang Tuah (P. Ramlee) ketika beliau dititahkan oleh Sultan Melaka membawa pulang Tun Teja untuk diperisterikan yg pada ketika itu putera Sultan Terengganu juga merancang untuk mengeratkan hubungan Pahang – Terengganu melalui perkahwinannya dengan Tun Teja dalam filem Hang Tuah.



Lagu Negeri Pahang







"Ya Allah Yang Masa Kuasa 

Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia 

Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami". 



Sebuah lagu yang cukup ringkas dan padat sesuai dengan maksud lagu yang juga merupakan 'doa' rakyat pahang ke atas tampuk pimpinan Sultan Pahang.




Daulat Tuanku

Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,

Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah

Sempena

Hari Keputeraan Baginda pada 24hb Oktober 2010

“Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Wednesday, October 20, 2010

LAGU DAN TEMPAT - JAMBATAN TAMPARULI



Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi
































lagu oleh Justin Lusah






.....begitulah bait-bait lagu kegemaran kaum kadazan dusun ini atau lebih meluasnya di negeri sabah yang memikat telinga para pendengar lagu-lagu rakyat seperti aku. biarpun aku xfaham satu hapah pun maksud-maksud perkataan dalam lirik lagu ini, tapi bila saja aku mendengarnya, sudah cukup untuk aku terus setia mendengarnya biarpun berulang kali. 


Selain dari Gunung Kinabalu yg  terkenal sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara, Sabah juga mempunyai tarikan lain seperti Pulau Sipadan yg mempunyai karang laut yg begitu indah sekali. Jangan lupa untuk singgah di Jambatan Tamparuli untuk menyusuri jambatan gantung terpanjang di Sabah ini. Silalah ke sana ye jika ada kelapangan. ^_ ^


Lagu Jambatan Tamparuli menarik minat aku untuk dibicara di sini adalah kerana lagunya yg senang didengar dan mudah menangkap jiwa anak desa yg masih belum luput dari dalam diri ini. Aku berbangga dengan lagu-lagu seperti ini kerana kesederhanaan melodinya yg tidak mengkhayalkan dan menghanyutkan jiwa seperti kebanyakan lagu-lagu dari barat yg hanya sesuai untuk bangsa mereka. Untuk memahami lagu ini sedalamnya, kenalah bertanya kepada orang Sabah ye. 


Tentang Jambatan Tamparuli ini pula, ianya terletak di pekan Tamparuli di daerah Tuaran, Sabah. Di sini kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan Dusun. Tidak hairan lah kalu lagu Jambatan Tamparuli ini dicipta oleh seorang kadazan dusun iaitu Justin Lusah. Untuk ke sana ianya mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki kereta dari Kota Kinabalu. Dan kalau ada yg ingin menaiki bas boleh lah ke sana dengan tambang beharga lebih kurang rm3 (masih belum pasti) bg perjalanan sehala.


Menurut sejarahnya pula, Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.


Kewujudan jambatan gantung Tamparuli telah menjadikan Daerah Tamparuli  lebih dikenali oleh masyarakat luar dan pelancong asing. Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai  “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun. Sebenarnya cerita tentang asal usul Jambatan ini mempunyai pelbagai versi, namun versi ini adalah yang paling byk didengari.





Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Saya berkasut tinggi

Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah
Saya berkasut tinggi

Celaka* kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah

Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi


lirik jambatan tamapruli yg sudah di translit !


Itulah sedikit sebanyak cerita dalam ruangan lagu & tempat dan insyallah akan menyusul pula lagu-lagu lain yg berkaitan dengan tempat dan sejarahnya. Khasnya lagu-lagu rakyat pelbagai bangsa di Malaysia ini. Harap kalau ada yang salah dari segi maklumat yg dinyatakan di atas aku bersedia menerima pembetulannya. Sekian.

Tuesday, October 19, 2010

al-kahfi ttg yakjuj n makjuj

DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..



dari kasturi,


27-05-2007, 10:53 AM
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya(API-UM),
Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj
bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia
adalah manusia keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj
berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu
Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain
membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera
dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 - 98
manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah
an-Anbiya, ayat ke 96 dan 97",

Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman:
"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj,
dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.
Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar(kiamat)
maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir....

Dr Fauzi berkata, selain 2 surah al-Quran itu, terdapat
banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan
Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan
ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal
Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan
kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.

lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.
http://www.fvalk.com/images/Earth_hrpt/Summer/Caucasus%201.jpg

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal
yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan bangsa itu akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka
dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga
tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.
"Nabi Isa AS kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah
membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang
menyerang belakang badan golongn itu sehingga mati.
"Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut
dan membersihkan mayat itu dari bumi", katanya.

dikatakan juga Yajud-majud ini, setiap hari mereka cuba
mengali keluar dari tembok yang dibina oleh Iskandar,
dan biasanya telah berjaya dilubangkan sebesar ibu jari,
tetapi bila waktu sudah lewat, mereka berkata besok
kita sambung lagi. Dan bila besoknya,
mereka kembali untuk menyambung kerja pengalian mereka,
lubang yang digali semalam sudah tertutup kembali,
dan mereka terpaksa memulakan kerja pengalian dari mula.

Begitulah setiap hari yang berlaku hinggakan suatu hari,
bila mereka berkata, "INSYAALLAH" besok kita sambung lagi,
dan diwaktu itulah, Allah takdirkan mereka mampu keluar
lalu menyerbu keseluruh alam.

Hari ini, kita tidak perasan betapa bernilainya perkataan
"INSYAALLAH"; yang mana Allah sendiri memerintahkan agar
Rasulullah menyebutnya. Hari ini, kalau kita sebut "INSYAALLAH",
tentu orang lain yang dengar memahami jawapan yang negatif,
contohnya, kalau seorang menjemput kita kerumahnya,
maka kita sebut "INSYAALLAH", besok saya datang,
tentunya sipenjemput yakin kita x datang.
Begitulah kesilapan kita kerana menggunakan perkataan ini
hanya sebagai alasan, tetapi erti sebenar perkataan ini
terlalu besar, yang mana kita benar-benar berserah bahawa
segala terjadi dengan izin Allah semata-mata.



dari link, http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-16087.html