Total Pageviews

Thursday, October 7, 2010

diam kerusi.....












itu kerusi

diam di situ
dipandang dijeling tiada mengubah apa-apa
perlukah mengubah apa-apa?entah.
punggung dilabuh, 
berkeriuk menahan beban
seribu kudrat diperah namun berpeluh tiada.
perlukah berpeluh?tidak.
engkau kerusi
bukan manusia
engkau dicipta, nama diberi
perlumu hanya diguna
bukan disayangi bukan dicintai
perasaanmu bukan perasaannya
hanya kerana engkau diguna
engkau lahir dan disitu engkau diam.
engkau kerusi
tidak bersuara tidak memberontak
tidak membangkang hanya menerima
dan terus menerima
memburuklah engkau di situ.





1 comment:

  1. ilham ketika duduk di pejabat, tercetus apabila cuba memikirkan seorang insan yg mana dirinya tidak dihargai dan dipeduli. namun mereka masih mempergunakan dia.

    ReplyDelete