Total Pageviews

Tuesday, October 19, 2010

al-kahfi ttg yakjuj n makjuj

DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..



dari kasturi,


27-05-2007, 10:53 AM
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya(API-UM),
Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj
bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia
adalah manusia keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj
berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu
Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain
membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera
dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 - 98
manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah
an-Anbiya, ayat ke 96 dan 97",

Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman:
"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj,
dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.
Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar(kiamat)
maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir....

Dr Fauzi berkata, selain 2 surah al-Quran itu, terdapat
banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan
Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan
ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal
Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan
kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.

lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.
http://www.fvalk.com/images/Earth_hrpt/Summer/Caucasus%201.jpg

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal
yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan bangsa itu akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka
dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga
tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.
"Nabi Isa AS kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah
membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang
menyerang belakang badan golongn itu sehingga mati.
"Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut
dan membersihkan mayat itu dari bumi", katanya.

dikatakan juga Yajud-majud ini, setiap hari mereka cuba
mengali keluar dari tembok yang dibina oleh Iskandar,
dan biasanya telah berjaya dilubangkan sebesar ibu jari,
tetapi bila waktu sudah lewat, mereka berkata besok
kita sambung lagi. Dan bila besoknya,
mereka kembali untuk menyambung kerja pengalian mereka,
lubang yang digali semalam sudah tertutup kembali,
dan mereka terpaksa memulakan kerja pengalian dari mula.

Begitulah setiap hari yang berlaku hinggakan suatu hari,
bila mereka berkata, "INSYAALLAH" besok kita sambung lagi,
dan diwaktu itulah, Allah takdirkan mereka mampu keluar
lalu menyerbu keseluruh alam.

Hari ini, kita tidak perasan betapa bernilainya perkataan
"INSYAALLAH"; yang mana Allah sendiri memerintahkan agar
Rasulullah menyebutnya. Hari ini, kalau kita sebut "INSYAALLAH",
tentu orang lain yang dengar memahami jawapan yang negatif,
contohnya, kalau seorang menjemput kita kerumahnya,
maka kita sebut "INSYAALLAH", besok saya datang,
tentunya sipenjemput yakin kita x datang.
Begitulah kesilapan kita kerana menggunakan perkataan ini
hanya sebagai alasan, tetapi erti sebenar perkataan ini
terlalu besar, yang mana kita benar-benar berserah bahawa
segala terjadi dengan izin Allah semata-mata.



dari link, http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-16087.html

No comments:

Post a Comment