bermula dari hati itu,
gundah gulana derita mempahit diri
xperlu kesal empunya diri yang menanggung
kesempitanku yg engkau tahu hanyalah sekelumit kotoran di hatimu
dan bagaimana untuk aku terus menyinggahi hatimu dengan kepahitanku
engkau tahu aku derita
engkau tahu aku sengsara
dan bukanlah aku bersenang ketika aku
tidak lagi mengisi ruangmu dengan kesedihan²
aku cuma tidak mahu lagi membiarkan engkau susah kerana kesusahan aku
cukuplah sekadar engkau mengenali diriku yg tidak seindah seperti khabaran dulu
keinginanmu seperti jua keinginanku
yg ketara hanyalah detik dan takdir waktu tidak bertemu
itulah ketentuan Ilahi
menapaknya aku di dunia ini penuh dengan segunung noda
segunung noda yg tidak pernah diimpikan namun datang dengan penuh keasyikan
terpesona aku dek hebatnya sebuah kehidupan
dalam sekolah hidup yang tiada berhentinya mengajar erti kehidupan
aku bukan sangkaanmu !
aku bukan dambaanmu !
aku hidup hanya kerna pilihanku
tidaklah aku memerlukan apa² darimu hanya kerna aku dapat melihatmu
janganlah engkau menyisihku kerana kesenangan yg engkau sangka ada padaku itu,
aku bukan sangkaanmu
aku tidak mahu mengheret engkau lagi
cukuplah pengorbanan yang engkau berikan itu
sabarkanlah hatimu itu
jangan biarkan ia meronta dek sangkaanmu
agar ianya menjadi kunci pengertian ini
cubalah engkau fahami.
hentikanlah sangkaanmu itu.
No comments:
Post a Comment